Monday, February 21, 2011
Thursday, February 10, 2011
Wednesday, January 26, 2011
~Apam Beras~

Senang jer nak buat apam ni. sedap pun sedap.. Faiz buat 2 adunan semalam, buat makan petang, bagi MIL sikit dan ada tinggal sikit lagi buat sarapan pagi ni.. dah nak abis dh pun. Cubalah yer..
Bahan-bahannya :
2 cawan nasi
2 1/2 cawan air
1 cawan gula perang
3/4 cawan gula pasir
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1 paket yis mauripan
pewarna ikut suka
kelapa parut secukupnya.
Cara-caranya :
Nasi dan air dikisar hingga hancur. Kemudian masukkan gula perang dan gula pasir. Kisar lagi hingga sebati.
Dalam bekas lain, satukan bahan kering(tepung dan yis). Masukkan bahan cecair tadi dalam tepung. Kacau sebati dan perap selama 3 jam.
Warnakan adunan anda ikut suka. Masukkan dalam acuan kecil dan kukus 15 minit. Kalau nak makan petang, elok la bancuh adunannya belah pagi, klu bancuh petang, jawabnya kuih tu buat makan malam ler.. tak pun esok paginya buat sarapan..
Sunday, January 23, 2011
Saturday, January 08, 2011
Apple Bread Butter Puding


Teringin sangat nk makan puding roti ni. Tengok channel AFC ~ Sugar, Anna Olson baru ni, tu yang teringin sangat tu. Memang dah lama sgt pun tak buat. Selalu tu tak letak epal, tgk Anna letak, cam best la pulak.. Resepi kat bawah ni yer.. Selamat mencuba..
Bahan A
Beberapa keping roti yg telah disapu dgn butter
2 biji epal di potong ikut suka (faiz potong sederhana nipis)
kismis secukupnya
gula secukupnya
madu
Potong roti dan susun berselang-seli dgn epal dalam acuan. Taburkan kismis dan gula diikuti dengan madu. Ulangi proses diatas hingga selesai. Ketepikan.
Bahan B
5 biji telur (2 biji drpdnya kuning saja)
susu segar }
fresh cream } agak2 jer, janji boleh tenggelamkan roti tu.
Pukul ketiga2 bahan dgn menggunakan whisker. Tak perlu terlalu lama. Kemudian tuang ke atas roti tadi sehingga roti tenggelam. Bakar pada suhu 180C selama 30 - 45 minit atau hingga masak.
Cupcakes Erna
Monday, December 06, 2010
Order from Ruhaida
Order from Ca
2 kotak cc untuk hantaran dan 4 kotak lagi untuk makan2. Gitu la kata Ca masa order cc nie.. Lama dah Ca order sebenarnya, 2 bulan sudah.. Seharian menyiapkan semua ni. Bake dari jam 8.00am. Start deco pukul 11am sampai la ke petang. Belah malamnya pulak deliver ke rumah ija, adik ipar faiz kt Sri Gombak dan Ca akan pick up kt situ.
Tq Ca, sudi order ngan akak.. Nanti order lagi yer..

I think of you with every waking moment of my life and dream of you with every dream that I have, I love you.
Suka tgk cc ni. Kombinasi warna dia, cantik.. Wordingnya romantik habis.. I'd rather die tomorrow than live a hundred years without your love..


4 set cc ni untuk makan2..
Tq Ca, sudi order ngan akak.. Nanti order lagi yer..
I think of you with every waking moment of my life and dream of you with every dream that I have, I love you.
Suka tgk cc ni. Kombinasi warna dia, cantik.. Wordingnya romantik habis.. I'd rather die tomorrow than live a hundred years without your love..
4 set cc ni untuk makan2..
Sunday, December 05, 2010
Kelas Cheese Tart : Kak Mas 1/12/10
Sausage Bread Roll

Jom buat ni untuk breakfast.. Senang dan cepat disediakan..
Bahan-bahan :
Roti
Telur (pukul)
Sosej (rebus kejap)
Bread Crumb
Sedikit tepung + air (dijadikan gam semasa menggulung)
Caranya:
Rebus sebentar sosej. Sejuk dan toskan. Letak atas roti dan gulung. Gam hujung roti supaya tidak terbuka semasa menggoreng. Celup dalam telur dan kemudian golekkan atas bread crumb dan goreng dengan menggunakan sedikit minyak saja. Siap sudah..Dah boleh makan. Senang kan..
Subscribe to:
Posts (Atom)






