Selamat Datang ke Full House Cakes & Cookies

Wednesday, January 26, 2011

~Apam Beras~



Senang jer nak buat apam ni. sedap pun sedap.. Faiz buat 2 adunan semalam, buat makan petang, bagi MIL sikit dan ada tinggal sikit lagi buat sarapan pagi ni.. dah nak abis dh pun. Cubalah yer..

Bahan-bahannya :
2 cawan nasi
2 1/2 cawan air
1 cawan gula perang
3/4 cawan gula pasir
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1 paket yis mauripan
pewarna ikut suka
kelapa parut secukupnya.

Cara-caranya :

Nasi dan air dikisar hingga hancur. Kemudian masukkan gula perang dan gula pasir. Kisar lagi hingga sebati.

Dalam bekas lain, satukan bahan kering(tepung dan yis). Masukkan bahan cecair tadi dalam tepung. Kacau sebati dan perap selama 3 jam.

Warnakan adunan anda ikut suka. Masukkan dalam acuan kecil dan kukus 15 minit. Kalau nak makan petang, elok la bancuh adunannya belah pagi, klu bancuh petang, jawabnya kuih tu buat makan malam ler.. tak pun esok paginya buat sarapan..

1 comment:

~~zAnAfAhMi~~ said...

akak tak pernah buat apam beras, teringin pula, ambik resepi ye..