Selamat Datang ke Full House Cakes & Cookies

Monday, December 06, 2010

Order from Ruhaida

Tq Ida. Tq pada Zie jugak (jiran sebelah rumah faiz) sbb tolong ambik dn bawak kek2 ni ke rumah Ida.


Brownies Lapis Cheese ni untuk Darin, anak perempuan Ida.






Yang ni pulak, choc sponge cake untuk Danial, anak lelaki Ida.

Order from Ca

2 kotak cc untuk hantaran dan 4 kotak lagi untuk makan2. Gitu la kata Ca masa order cc nie.. Lama dah Ca order sebenarnya, 2 bulan sudah.. Seharian menyiapkan semua ni. Bake dari jam 8.00am. Start deco pukul 11am sampai la ke petang. Belah malamnya pulak deliver ke rumah ija, adik ipar faiz kt Sri Gombak dan Ca akan pick up kt situ.

Tq Ca, sudi order ngan akak.. Nanti order lagi yer..


I think of you with every waking moment of my life and dream of you with every dream that I have, I love you.

Suka tgk cc ni. Kombinasi warna dia, cantik.. Wordingnya romantik habis.. I'd rather die tomorrow than live a hundred years without your love..



4 set cc ni untuk makan2..

Sunday, December 05, 2010

Order from Norul Sime Darby




Kelas Cheese Tart : Kak Mas 1/12/10




Kak Mas datang lagi..Kali ni belajar buat Cheese Tart pulak.. Dah pandai ni rajin2 la yer Kak Mas buat tart ni. Kepada sesiapa yang berminat nak belajar, silakan la.. Call je faiz utk set appointment.

Sausage Bread Roll



Jom buat ni untuk breakfast.. Senang dan cepat disediakan..

Bahan-bahan :
Roti
Telur (pukul)
Sosej (rebus kejap)
Bread Crumb
Sedikit tepung + air (dijadikan gam semasa menggulung)

Caranya:
Rebus sebentar sosej. Sejuk dan toskan. Letak atas roti dan gulung. Gam hujung roti supaya tidak terbuka semasa menggoreng. Celup dalam telur dan kemudian golekkan atas bread crumb dan goreng dengan menggunakan sedikit minyak saja. Siap sudah..Dah boleh makan. Senang kan..

Chocolate Hantaran



Order dari Fazliah, Taman Samudera, Bt Caves. Tq yer. Faiz jual..

Wednesday, November 24, 2010

Black Forest Cake



Sekadar menghabiskan stok yang berbaki.. Daripada dibiarkan aje, baik buat makan petang.. Deco pun ala kadar sbb tokey sudah malas, lagi pun whipping creamnya dah kehabisan..

Monday, November 22, 2010

Tart Shells



Order dari Kak Saniah (100 pcs), Fazlin (100 pcs)dan Faridz (100 pcs)..
Terima kasih semua..

Saturday, November 20, 2010

Selamat Pengantin Baru Nadiah & Fadzli





Order dari Loi/Liza untuk majlis nikah adinda mereka. Bila ditanya tema apa, jawapannya, English theme.. terus terbayangkan bunga2 ros yang cantik mekar dan colour yang sangat2 sweet.I likeeee... anda bagaimana? Like la jugak kan....

To Loi & Liza : Thank you very much..

Selamat Bertunang Zila & Apy

Friday, November 19, 2010

Banana Choc Moist - Nita lagi



2 biji Banana Choc Moist Cake, tempahan dari Nita. Sebiji untuk dibawa pulang ke kampung Nita di Teluk Intan sempena hari raya haji baru ni, dan sebiji lagi untuk dibawa pulang ke kampung sebelah suami di Kuantan pada esok harinya..

Tengok strawberry nya aje dah terlioq kan.. heeee... Saja jer nyakat korang.. hahaha..

Tq Nita..

Happy Birthday Anis



Birthday kek ni, order dari biras faiz, Linda untuk birthday anak bongsunya, Anis. Nak kek 2 tingkat, tema princess kata dia.. Penin gak mikir, nk deco lagu mana.. pikir punya pikir terhasil la kek sebegini rupa. First time buat stack cake camni. Yang bawah tu Choc Moist, kt tengah2 ada walnut, yang atas pulak Black Forest Cake. Kedua-dua kek sangat2 yummy.. Tak caya order la.. Tq Linda..

Brownies



Sebenarnya banyak order brownies yang tak faiz masukkan dalam blog faiz nie.. Mmg banyak sangat. Atas ni brownies yang customer faiz order sebelum raya haji yang baru lalu.. Thank you Mazlin, Zunika, Salwani & Mona..

Kek Batik, order from Faridz



Yang ni, my sis order uk jamuan kt sekolah.. Ada lagi yang order, tak sempat nk ambik gambar.. Tq Faridz, Ju, & A'ai.

Order from Lini



Lini order Brownies Lapis Cheese lagi.. Makcik dia yg order sebenarnya.. Selain dari tu, Lini juga order Kek Batik 2 packs.. Mana eh pic dier.. Lupa ambik kot.. Tq Lini..

Order dari Watie



Ni order dari jiran faiz untuk makan2 dgn geng2 dia. Tq Watie..

Sunday, November 07, 2010

Strawberry Mousse

~Back dated Entry~

Hidangan untuk berbuka puasa yang lalu... sangat sedap dan senang untuk disediakan..



Bahan-bahannya:
10gm gelatin
100gm air panas
200gm fresh strawberry
70gm gula
200gm fresh cream
1 sudu lemon jus

Campur gelatin dengan air. Kacau hingga larut. Kisar strawberry, gula dan fresh cream. Masukkan gelatin dan lemon. Hidang dalam gelas ice-cream dan sejukkan.

Puding Karamel Tanpa Telur

Resepi ni ambik dari blog Kak Zana. Lama sgt dah menyalinnya, baru ni ada masa terluang mencuba. Mmg sedap. Tak hanyir sebab tak guna telur lansung. Cuma gula hangusnya tak cukup hangus kot. Tu sebab warna dia tak menarik. Dulu pernah sekali buat gula hangus, warna dah cantik tapi pahit la pulak, tu yang kali ni berhati2 jer masaknya... tapi tak cukup hangus la pulak.. tak pe cuba lagi sampai jadi.. Pada sesiapa yang nk mencuba, sila la.. resepi kt bawah yer..



Bahan-bahannya :-
A
Gula hangus
4 sudu besar gula dimasak hingga perang dan masukkan dalam acuan.

B
1 paket agar2 segera
4 sudu besar gula (nak manis lagi boleh tambah
1 litre air
Masak bahan di atas hingga mendidih.

C
1 tin susu cair
2 sudu besar tepung kastard
1 sudu teh esen vanila
Campur semua bahan dan masukkan ke dalam adunan B. Kacau rata, masak hingga likat dan pekat. Matikan api. Masukkan adunan ke dalam acuan berisi gula hangus tadi. Sejukkan sebelum dihidangkan.

Selamat Mencuba..

Saturday, November 06, 2010

Rainbow Marble Puding

Berkesempatan mencuba resepi yg Faiz ambil dari blog Mak Lang Azie. Sedap wehhh..


Cuba la yer...
Bahan-bahannya :

Satu paket agar2 segera (13gm)
675ml air
225gm gula pasir
Masak kesemua bahan di atas hingga mendidih. Ketepikan..

4 biji telur
1/2 tin susu pekat
1 sudu besar tepung kastard
1 sudu teh esen vanilla
65gm butter
Perwarna - ikut suka
1 sudu besar serbuk koko + sedikit air

Pukul telur, masukkan susu dalam telur dan kemudian masukkan tepung kastard. Kacau sebati dan tapis. Masukkan adunan ke dalam agar2. Masak semula hingga mendidih dan masukkan esen vanila serta butter.
Sediakan 3 bekas, 1 bekas berisi serbuk koko + air. Isi adunan ke dalam 3 bekas tersebut. Warnakan ikut suka. Sediakan loyang 10 x 10 x 3". Sangga hujung loyang dengan kain. Masukkan adunan sesenduk demi sesenduk hingga habis. Letakkan kembali loyang pada kedudukan asal dan sejukkan dalam fridge. Siap!

Selamat Mencuba..

Sunday, October 31, 2010

Order from Ruzila



Ondway balik dari deliver kek Akis dan Loi, sempat lagi singgah Tesco carik strawberi, nak buat fruit tart utk Kak Ruzila... Tak de lorrr.. habis.. Text Kak Ruzi ok tak kalau ganti ngan grapes.. Boleh kata dia... laju jer tangan ni grab buah grapes tu dan bergegas balik. Jam dh pukul 11.30am.. Janji ngan Kak Ruzi semalam, dia nk pick up pukul 2.00pm..

Sampai rumah, terus mengadun, masak filling, buat tart shell. Siap bakar jam 1.45. Settle gak akhirnya.. Nasib baik Kak Ruzi datang kul 3.00, boleh la pelan2 kayuh.. Tq kak eh.. Faiz jualll...

Happy Birthday Zarina

Again, order from Loi.. tak pasti siapa Zarina ni, mungkin ahli keluarga belah wife Loi kot. Loi order photo cake tapi keknya nak Black forest Cake, kek yang belum pernah faiz buat sebelum nie. Bila Loi sms kata nakkan kek tu, terdiam jap. Alamak! Terus selak buku resepi yang selama nie dok salin jer tu, buatnya tah bila.. Haaa.. sib baik jumpa.. dannn.... ini la hasilnya.. Thanks alot Loi.

Black Forest Cake

Happy Birthday Baiduri

Terima call dari Balkis, nak order kek harijadi untuk anaknya Baiduri. Ni 2nd time, Akis order dari faiz. Kali ni, Akis order Novelty Cakes - Fairies. Dari mula sampai sudah berdebar2 buat kek ni. Bukan apa, takut tak jadi.. Tidur pun boleh mimpi deco fairies.. Haihh.. Tapi, Alhamdulillah, jadi juga akhirnya. Lega yang teramat. Tq Akis yer..


Order from Iza

Lama Iza tak order brownies dari faiz.. Sebab utama, iza tgh berdiet skrg nie.. Order brownies ni pun untuk birthday anak saudara dia, tapi sempat lagi buat side order 1/2 brownies tu.. untuk siapa... hahaha.. tak teriman kot.. lalu ke tengok aje.. Jgn marah eh iza.. Faiz gurau.. Apa2 pun tq eh..

Order from Abg Romzie

Yang ni pulak, Abg Romzie aka harih @ boya sopan, kawan faiz masa kt forum melayu SG. Sebelum ni, lost contact sbb forum berkubur. Nasib baik ada FB yg menghubungkan kembali forumers2..

Kek ni utk isterinya tersayang.. Tq boyer..

Order from Loi

Lagi order dari kawan sekolah, Nazrul aka Loi.. untuk makan2 petang katanya.. Order lagi yer loi..

Order from Norhisyam

Order dari kawan satu sekolah, Norhisyam.., utk birthday anaknya yang bongsu. Tq Syam, puas hati hendaknya..