Selamat Datang ke Full House Cakes & Cookies

Saturday, January 24, 2009

Pah & Norul Order Swiss Roll lagi

Semalam dan hari ni, faiz sibuk sangat... dapat tidur 2-3 jam jer dalam 2 hari nie.. Order dari customer lain terpaksa faiz tolak sebab takut tak terbuat. Maaf yer pada yang order... faiz terpaksa tolak...
Demam swiss roll tak habis lagi... Pah & Norul order 16 biji... Selesai dengan order Puan Mahanom pagi tadi, terus mengadap swiss roll pulak.. Adehhh!! Ketaq lutut!!

Order dari Pn. Mahanom

Tempahan dari Pn. Mahanom RHB Kelana Jaya... Hantaran Basketweave dan cupcakes ni untuk hari pertunangan adiknya yang akan diadakan petang ni... Jam 3.00 pagi dah bangun melangsaikan separuh lagi cupcakes yang belum di deco... Hubby faiz pun bangun tolong sama... tolong masukkan cupcakes dalam casing.... Selesai dengan cupcakes... deco basketweave pulak... Habis deco jam 9.30 am... Delivery, hubby yang buat... faiz tak dapat nak ikut... ada kerja lagi ni...
To Anom... thanks yer... Hope u like it!





Order from Norul & Friends

Order dari Zah... Nakkan bunga pada setiap keping brownies... Dia kata anak buah dia tak mo makan kalau tak de bunga... pulak dah!

Ni pulak dari Intan... agaknya laa... Norul tak cakap sape yang order... dia cuma cakap kawan jer.. Thanks all...




:.Gong Xi Fa Chai Cuppies & Brownies.:

Order dari abang ipar faiz, Zainal, suami pada Azizah... tak de idea nak deco... mula2 nak lukis tang lung.. tapi tak jadi.. macam la pandai sangat melukis... nak lukis lembu... lagi laaa... ntah apa jadi agaknya... kucing kot... sudahnya.... ini ajelah...





Thursday, January 22, 2009

"~Brownies Helen~"

Again, order dari Helen... 2 biji brownies untuk dibawa pulang ke kampung... tentunya untuk hidangan sambutan Tahun Baru Cina... Selamat Tahun Baru Cina Helen!....

Sebenarnya faiz ada buat Swiss Roll 2 biji order dari ofis mate Norul, tapi lupa pulak nak ambik gambar...

Wednesday, January 21, 2009

Tuesday, January 13, 2009

Swiss Roll Pah & kawan-kawan

Ni dia swiss roll Pah dan kawan-kawannya... Malam ni nak pergi hantar ke rumah Pah... Terima kasih banyak yea...

Brownies En. Ariffin

Order dari En. Ariffin... kawan satu ofis hubby faiz... brownies yang faiz bagi untuk ofis hubby faiz minggu lepas tu berjaya menarik minat En. Ariffin untuk membelinya... Terima kasih daun keladi... kalau sudi belilah lagi... (",)...


Swiss Roll A Pis

Norul order swiss roll pagi semlm bagi pihak adiknya, A Pis... A Pis pregnant katanya... dan dia order 4 biji swiss roll ni untuk buat stock kat rumah... ngandung kali ni, selalu je rasa lapar... tu yang order banyak tu... Mlm tu pulak Norul call lagi... order swiss roll sebanyak 6 biji untuk Pah (babysitter Norul) dan kawan-kawannya...


Blueberry Cheese Tart

10 Jan 2009

Sabtu lepas faiz sempat mencuba resepi baru, Bluberry Cheese Tart. Anak-anak suka dan petang sabtu tu, faiz bawak tart ni ke rumah neighbour faiz Mona... Kami ada meeting AJK Bowling Tournament BBSRA kat sana... Masa tengah meeting tu dapat pulak call from my sis Azizah, menyampaikan berita, bapa saudara kami meninggal di Cameron akibat serangan jantung.... Gesa-gesa pulang, kemas kain baju dan terus bertolak ke Cameron malam tu jugak... Tiba di Cameron jam 1.00 pagi...


Friday, January 09, 2009

:~Swiss Roll - Repeat order lagi~:

Norul order lagi... kali ni 10 biji swiss roll... order dari jiran-jiran dia pulak... Bagus punya promo Norul nie... Thanks yer...


Thursday, January 08, 2009

:. Brownies .:

Order dari Norul dan A'ai on behalf officemate diaorg. Pukul 4.00 am faiz dah bangun nak siapkan deco brownies ni. Sepatutnya faiz siapkan semalam, tapi disebabkan penat sangat, tak larat nak settlekan. suka tengok bunga ros kecik nie...

Yang ni saja suka-suka buat untuk hubby bawak ke ofis dia...

Swiss Roll


Order ni dari officemate Norul dan A'ai. Nampak kosong jer swiss rollnya... Takpe la kan... janji sedappp...



Tuesday, January 06, 2009

~Order dari Suri~

Faiz terima order ni awal pagi tadi dari Suri melalui sms. Suri duduk di kawasan Bukit Subang juga... Memilih ganache untuk topping cupcakes sempena birthday husband tercinta.. Petang tadi Suri datang untuk collect cupcakes nie.. tak sempat nak beramah mesra sebab dia nak cepat untuk ambik anak pulak. Apapun... faiz harap Suri suka dengan cupcakes nie... and to her hubby ; Happy Birthday...

Monday, January 05, 2009

::~Happy Eating Norul & Friends~::

Selesai buat swiss roll, Norul call... nak brownies pulak... Nak makan-makan kat ofis katanya... Norul baru saja bertukar lokasi ofis... Kalau dulu kat KL, sekarang dah transfer Subang Jaya, satu ofis pulak dengan Azhari (A'ai)...
Baguslah Norul nih... nanti promote kek akak lagi eh! hehehehe.....


Swiss Roll - Repeat order

Norul sms lagi malam tadi... order swiss roll 5 roll... Semua order dari adik beradik dia... Pagi tadi, selesai menghantar anak ke sekolah, terus ke dapur buat swiss roll... Petang tadi Norul datang dengan adiknya A Pis collect swiss roll... Terima kasih semua...

Sunday, January 04, 2009

Tiramisu

Hari ni birthday hubby faiz... so faiz buatkan untuk dia tiramisu ni.. resepi yang simple jer tapi sedap...

Cupcakes Alin

Cupcakes ni Alin order on behalf of auntie dia untuk majlis petang ni... Majlis merisik anak dara auntienya tu... Tak tau kenapa Alin suka sangat dengan design rumput ni... mungkin sebab dia ni memang suka padang... kaki sukan dia ni... Design ni untuk dihadiahkan kepada pihak yang merisik tu...Alin datang pagi tadi nak tolong deco... Adalah sentuhan dari dia...
Yang ni pulak untuk diaorng makan-makan... untuk dihidang pada para tamu...




Saturday, January 03, 2009

Swiss Roll Norul

Petang tadi, dapat sms dari Norul... nakkan swissroll 2 bijik... Untuk taknak manyakitkan mata memandang dan tak sanggup nak tengok kulit dia terkopek, faiz tak buat lorek2 yang biasa faiz buat tu... Hahaha... puas hati...


Pandan Layer Cake

Lebih seminggu tak buat kek... ni la jadinya... lepaskan gian nak baking... resepi yang dah lama disalin... baru hari ni dapat buat...



Cupcakes Lini Lagi

Tak tahu la kali yang keberapa dapat tempahan dari Lini ni... Tak jemu-jemu Lini order dari faiz... Happy dapat customer macam nie... Cupcakes ni Lini order untuk Auntie dia yang nak ke oversea... tu jer info yang faiz dapat... selain tu nak meraikan anak auntie dia yang dapat 8A's dalam PMR baru ni... Thanks for your support Lini...