Selamat Datang ke Full House Cakes & Cookies

Friday, September 25, 2009

Brownies Nita

Sebelum Raya haritu Nita dah siap2 order Brownies dah.. Nak bawak balik Teluk Intan katanya.. Jumpa Nita kat R&R Elmina Guthrie Corridor.. Nak balik kampung terus la tu.. Tak dapat pun berbual dgn dia, main lambai-lambai aje sebab dia tgh menyusukan baby.. Thanks Nita..

Marble Kek

14 September - 19 September 2009

Minggu Akhir Ramadhan, faiz busy yang teramat. Busy dengan delivery homemade coklat sekitar Lembah Kelang/Shah Alam, dengan hamper dan order2 untuk raya lagi. Alhamdulillah.. bila kita dah biasa dengan semua ni .. segala-galanya senang, lancar dan teratur jer..

Pagi Jumaat.. sebelum balik kampung.. sementara menunggu cik abang hantar brownies Iza dan Baiyinah, sempat lagi bakar marble kek untuk juadah hari raya. Selesai membakar, packing kain baju.. pastu hantar brownies Pah pulak.. Dalam pukul 10.00 pagi keluar dari rumah dan terus menuju ke Subang, rumah mertua faiz.. nak salam-salam dan hantar cupcakes Linda sekali.

Pukul 11.00 pagi bertolak, sampai Tapah, hantar coklat Iman pulak.. Iman ni member forum.. tak sangka dapat jugak jumpa Iman.. Peramah orangnya.. tapi sayang tak dapat nk berbual lama.. masing-masing nk cepat.. Next time kita jumpa yer Iman.

Lepas tu ke Ipoh pulak.. Jumpa Lia.. hantar coklat yang dia order.. Lia pun member forum.. sebelum ni dah jumpa dia sekali... bisneswoman gak ni, jual peyek dan mcm2 lagi.. Faiz ada order peyek Lia.. Sedapppp!

Selesai dah hantar barang... Lega tak terkira... Barulah ke Cameron Highlands ikut Simpang Pulai.. Sampai sana lebih kurang pukul 4.00ptg...

Marble kek - sebelum dibakar..


Ingat nak buat juadah raya... tapi tak sempat raya... malam tu jugak licinnya.. habuk pun tak tinggal.. ekekeke...

Raya Cupcakes : Order from Linda


Brownies & Mini Cuppies Baiyinah

Dapat email dari Baiyinah nak order brownies dan mini cuppies. Baiyinah ni orang Sarawak sebenarnya.. Dia mintak hantarkan ke rumah kakak dia di Sec 13 Shah Alam.. Nak bawak balik Sarawak la agaknya.. kalau betul.. order yang ni la paling jauh brownies faiz pernah sampai.. Tq Baiyinah... Order lagi tau...


Brownies Raya : Order dari Pah

Brownies Iza

Brownies & Marble Cake Lini


Brownies Raya : Order dari Faridz


Kad Raya dari Kak Zana

Kad Raya Kak Zana aka Kak Fibie

Friday, September 04, 2009

Order dari Nita

Nita dari Bandar Bukit Puchong 2, menghubungi faiz melalui YM selasa lalu. Nita ni, kawan kepada Iza yang order plain brownies last week. Jadi Iza la yang kenalkan blog faiz kat Nita. Thanks Iza.. Nita tinggal berhampiran dengan rumah kawan faiz, Linna... Memandangkan faiz kena deliver jam 1 ke atas dan Nita pulak kata takde sesiapa kat rumah, maka faiz pun mintaklah tolong pada kawan faiz yang sorang tu.. Tumpang sekejap kat rumah dia. Terima kasih kt Linna sebab sudi tumpangkan semua order Nita ni.. Jom tengok apa yang Nita order...



Brownies Nita, special sikit.. Bertukar rupa jadinya brownies ni bila Nita request diletakkan walnut atas brownies dan potongannya juga diminta dibesarkan.


Brownies & 50 pcs Cream Puff, Nita minta faiz hantar ke Rumah Anak-Anak Yatim Limpahan Kasih yang berhampiran dengan rumah Linna.


Fruit Tart 3 kotak.. Ofis mate Nita pun ada order gak ni..


Cream Puff ni pun, sebahagiannya order dari Ofis mate Nita...Thanks all..