Selamat Datang ke Full House Cakes & Cookies

Friday, September 25, 2009

Marble Kek

14 September - 19 September 2009

Minggu Akhir Ramadhan, faiz busy yang teramat. Busy dengan delivery homemade coklat sekitar Lembah Kelang/Shah Alam, dengan hamper dan order2 untuk raya lagi. Alhamdulillah.. bila kita dah biasa dengan semua ni .. segala-galanya senang, lancar dan teratur jer..

Pagi Jumaat.. sebelum balik kampung.. sementara menunggu cik abang hantar brownies Iza dan Baiyinah, sempat lagi bakar marble kek untuk juadah hari raya. Selesai membakar, packing kain baju.. pastu hantar brownies Pah pulak.. Dalam pukul 10.00 pagi keluar dari rumah dan terus menuju ke Subang, rumah mertua faiz.. nak salam-salam dan hantar cupcakes Linda sekali.

Pukul 11.00 pagi bertolak, sampai Tapah, hantar coklat Iman pulak.. Iman ni member forum.. tak sangka dapat jugak jumpa Iman.. Peramah orangnya.. tapi sayang tak dapat nk berbual lama.. masing-masing nk cepat.. Next time kita jumpa yer Iman.

Lepas tu ke Ipoh pulak.. Jumpa Lia.. hantar coklat yang dia order.. Lia pun member forum.. sebelum ni dah jumpa dia sekali... bisneswoman gak ni, jual peyek dan mcm2 lagi.. Faiz ada order peyek Lia.. Sedapppp!

Selesai dah hantar barang... Lega tak terkira... Barulah ke Cameron Highlands ikut Simpang Pulai.. Sampai sana lebih kurang pukul 4.00ptg...

Marble kek - sebelum dibakar..


Ingat nak buat juadah raya... tapi tak sempat raya... malam tu jugak licinnya.. habuk pun tak tinggal.. ekekeke...

No comments: