Selamat Datang ke Full House Cakes & Cookies

Thursday, March 22, 2012

Kuih Kasui

TERajin dan tiba-tiba TERbuatlah pulak kuih kasui ni.. kalau masuk bab kuih kukus2 ni, mmg fail. Dari dulu lagi tak pernahnya yg memuaskan hati. Tapi resepi yang faiz cuba kali ni, best sangat. Lembut, kenyal dan mudah dipotong. Dapat 2 loyang. Puas makan. Risau juga tak habis. Tau2 tinggal lebihan kelapanya aje..



Bahan-bahannya :

3 cwn tepung gandum
1 1/4 cwn tepung ubi
1/2 cwn tepung beras

2 cwn gula melaka)
1 cwn gula pasir ) masak hingga gula larut
3 cwn air )

1 sudu besar kapur sireh
200ml santan pekat
850ml santan cair
secubit garam

kelapa parut secukupnya
garam

Campurkan semua bahan, tapis dan kukus 45 minit - 1 jam.

sumber : dari dapur kama.

Thursday, March 15, 2012

Entry tertunda - Moist Choc Cake with Fruit Cocktail

Lama dah faiz buat kek ni.. Last year masa birthday 2nd daughter. Dok menyelongkar kabinet dapur terjumpa resepi lama yg faiz mintak dari wife kawan hubby. Dia jamu kek ni masa open house kat rumah dia. Rasa sekali nak lagi, terus mintak resepi.. Makan sejuk2, perrgghhh...




Bahan-bahannya:

80gm coco powder
180gm tepung gandum
1 1/2 st baking powder
2 st soda bikarbonat
* ayak semua

370gm gula castor
1 st garam
230gm susu cair
2 biji telur
1 st esen vanila
*170gm air panas
*3 st nescafe/coffee
* sekalikan

Campur semua bahan kecuali vanila, kopi dan telur. Putar seminit, kemudian masukkan kopi panas. Putar seminit lagi, mskkan telur dan vanila. Putar sebati dan masukkan dlm acuan. Bakar 45 - 60 min @ 160C. Dah masak, sejukkan dan sedia utk dihias.

Topping :
Whip cream
1 tin fruit cocktail
1 paket agar2 segera perisa stoberi
* masak agar2 dan masukkan fruit cocktail

Selamat mencuba...

Entry tertunda : Puteri Ayu

Jom buat kuih ni jom.. Tak susah mana dan kuihnya pun sedappp.. Lembut jer..



Bahan-bahannya :

3 cawan tepung gandum
4 biji telur (kuning dan putih telur diasingkan)
1 1/2 cawan gula
1 st baking powder
1 st ovallet
1 1/2 cawan santan (ramas kelapa dgn daun pandan)
kelapa parut secukupnya

Pukul putih telur hingga kembang. Masukkan kuning telur dan ovallet. Masukkan tepung dan santan berselang seli. Putar hingga sebati.

Masukkan sedikit kelapa parut ke dalam acuan diikuti dgn adunan tadi. Kukus hingga masak.

** utk mengelakkan kuih melekat pd acuan, sapu minyak terlebih dahulu.. Sekian.. cuba jgn tak cuba..

Wednesday, March 14, 2012

~Setahun Berlalu~

Salam semua..

Setahun dah faiz tak update apa2 entry kat sini.. Dari kandungan faiz berusia sebulan lebih hingga lahirnya anak faiz yang sekarang ni dah berumur 4 bulan. Dalam tempoh tu, faiz terpaksa tinggalkan dunia bakeri buat sementara waktu.. Semuanya kerana.. Syed Izzul Ieman yg hensem ni..


Takpe la kan, faiz berkorban demi anak sendiri. Cumanya faiz rindu dgn dunia bakeri. Jeles tgk blog org lain yg terisi dgn macam2 entry. Terasa ketinggalan yg amat sgt. Mcmmana sekalipun, Faiz akan kembali tak lama lagi. Tunggu aje yer..