Selamat Datang ke Full House Cakes & Cookies

Monday, March 22, 2010

::Apple Pie & Trifle::



Nyum.. nyum.. faiz berpeluang mencuba apple pie & trifle sabtu lalu.. nak resepi tak? Ambik nie..

Apple Pie

Doh :
500gm tepung halus (tepung gandum pun boleh)
250gm gula halus
200 gm mentega
2 biji telur (dipukul sikit)

Ayak tepung dan gaul dengan gula halus hingga rata, masukkan mentega dan gaul hingga jadi serbuk roti. Tuang telur yang telah dipukul sedikit demi sedikit hingga terhasil doh yang tak melekat. Bungkus dengan plastik dan sejukkan 30 min.

Filling :
6 biji apple hijau (kupas kulit potong 12)
200gm gula pasir - resepi asal (kurangkan... too sweet..125gm - 150gm)
20gm tepung jagung (bancuh dgn sedikit air)
1 sudu teh serbuk kayu manis

Dalam periuk, masak gula pasir hingga cair/perang. Masukkan epal. Gaul rata. Masukkan bancuhan tepung jagung. Masak hingga pekat. Sejukkan.

Bahagikan doh kepada 2. Lebihkan sikit utk bahagian bawah. Canai doh bhgn bawah dan masukkan dalam acuan. Cucuk permukaan doh dgn garfu, Bakar separuh masak. Keluarkan dari oven. Masukkan filling epal. Canai doh bhgn atas dan letak atas filling tadi. Kemaskan tepi pie dgn menggunakan garfu.. Jgn lupa cucuk permukaan doh dgn garfu. Nak bagi cantik n nampak pie berkilat, sapu telur yg dah dipukul atas doh tu. Bakar hingga masak dan keperangan.



Trifle

1 bungkus swiss roll choc/coffee
1 kotak agar2 segera perisa stoberi
1 tin fruit cocktail
2 sudu besar tepung castard
3 sudu besar gula
3 cawan susu segar/cair

Campur tepung castard, gula dan susu. Masak hingga mendidih dan pekat. Angkat dan sejukkan.

Potong swiss roll dan susun dalam bekas. Ambil sedikit jus buah cocktail dan tuang atas swiss roll tadi.
Tuang castard ke atas swiss roll dan ratakan.
Kemudian tuang fruit cocktail atas castard. Lepas tu bancuh agar2 segera mengikut arahan dan tuang atas fruit cocktail. Kemudian sejukkan dalam peti sejuk. Dah siap.. Sedap dan senang disediakan..

Selamat mencuba..

Friday, March 19, 2010

Hantaran (Fondant Cake)

Brownies & Fruit Tart Nita


Dapat msg dari Nita jam 11.20pm. Nak order sebiji brownies n fruit tart 2 kotak. Masa tu Faiz baru nak masuk tidur.. Nak hantar tghari esoknya . Kira ni mmg urgent order la ni.. Mulanya faiz rasa mcm tak boleh nk penuhi permintaan nita ni, tapi tak sampai la pulak hati nk tolak. Sudahnya terima jugak. Awal pagi faiz dah bangun buat shell untuk fruit tart.. Brownies tak boleh nak buat lagi sebab butter dah habis lorr... tunggu hari cerah dan kedai bukak baru boleh start bake.. Settle semua jam 11.00.. Sib baik sempat buat dan hantar ke Bandar Bukit Puchong ontime..

Order from Nita



Nita dari Kota Damansara order mini cuppies dan swiss roll.. Ini kali pertama Nita order dari faiz.. Nita mintak faiz deliver ke rumah kakaknya di Selayang.. Ada makan2sempena birthday anak buah katanya..

Masa deliver, tak jumpa pun Nita.. jumpa kakak dan abg iparnya aje.. Mungkin Nita tak inform diorg kot faiz nak datang.. faiz tgk muka masing2 blurr jer.. (",)

Thanks yer Nita.. Order lagi ek..

Selamat Bertunang Murni & Nurazmi


Cupcake dengan deco yang simple tapi menarik untuk hantaran ni, diminta oleh MIL adik ipar faiz, Makcik Zaiton..
Terima kasih ya Makcik Zaiton.. Harap makcik puas hati dengan deco ni..

Order from Pah

Happy 10th Birthday Syafea

Order from Faridz & friends


2 kotak brownies XXL..


Berkotak2 fruit tart..




Thanks to all of you : Faridz, Khoo, Loh, Asiah, Sal, Mazlin, Zurina, Ravinder & Ermina

Thursday, March 18, 2010

"Syuhada is 4"

Order from Zizah


Order from Pah


Order from Aziz

Lama sangat dah rasanya faiz tak update blog nie.. sibuk sangat sampai tak sempat nk upload dan edit gambar2.. Maaf bebanyak pada semua customer FHCC jika membuat anda semua ternanti-nanti.


Brownies XXL - Kata Aziz (jiran faiz) nak buat makan-makan kt ofis sempena sambutan hari jadi beramai-ramai..