Selamat Datang ke Full House Cakes & Cookies

Friday, July 31, 2009

:: Kek Zebra & Choc Ball ::

Tadi, faiz berkesempatan mencuba Kek Zebra.. tgk kat blog Kak Fibie haritu.. teringin la pulak nak mencuba... Dah masak dan disejukkan, faiz pun alihkanlah dari loyang.. bila kertas minyak ditanggalkan.... haaa... serupa bulan daa... ada kawah kat tengah-tengah.. Musykil.. nape boleh jadi camni.. Aduh! sakit jiwaku!


Ginilah rupa di dalamnya... Tak gebu macam yang digambarkan Kak Fibie. Loreknya dah cantik!
Geram punya pasal... faiz hancurkan separuh dari kek tu. Letak coklat cair sikit, krim putar sikit dan kek zebra faiz bertukar jadi bebola ni... Yeah! Bertukar....



Kek Zebra Faiz yang dah bertukar jadi Choc Ball....

Order : Lini




Wednesday, July 15, 2009

~:Order dari Lini:~

Tengahari semalam dapat sms dari Lini. Kali ni nak order brownies yang kecik.. Faiz bakar malam tadi dan bangun jam 5.00 pagi untuk mendeco.. Lini collect pukul 8.30 pagi tadi. Menurut Lini, dia nak jumpa kawan-kawan lama dia.. Jadi brownies tu dijadikan buah tangan. Thanks yer Lini!

Tuesday, July 14, 2009

::Cupcakes Norul::

Norul hantar sms semalam, bertanyakan cupcake durian.. boleh tak buat? Faiz on saja.. ikut je citarasa customer. Deco, dia suruh deco bunga ros.. Yelah norul.. Bunga kaler ni ok tak? Tak tau la menepati citarasa norul ke tak ni.. Nanti komen ek... Thanks..

Monday, July 13, 2009

::Order from Ainie::


Banana Choc Moist Cake ni ditempah oleh Ainie dari Gombak sempena ulangtahun perkahwinan mak dan abahnya yang ke 39.. Bagusnya Ainie ni.. ingat kat Mak Ayah.. Ainie mintak faiz deco kek ni colour purple.. So, here it is.. Harap Ainie suka..
Ainie tak familiar sangat area Shah Alam nie, jadi... Ainie kata dia nak naik train jer dari Gombak ke Kelana Jaya.. Sanggup tu!.. Tapi rasanya itulah sebaik-baik cara daripada tersesat entah kemana..
Faiz jumpa Ainie kat sana.. Agak lewat jugalah Ainie sampai, berkali-kali dia mohon maaf pada faiz, hinggakan nk bayar extra sebab lambat sampai.. Tak pe Ainie.. akak ok jer.. Terima kasih sangat kerana sudi order kek ngan akak..

Brownies Lini

Minggu sudah adalah minggu santai faiz... Order tak banyak masuk..Bolehlah lupakan sekejap dunia baking dan mendeco ni.. tapi rutin kerja seharian memang tak dapat nak larilah..

Order masuk bermula selasa lepas.. dan hari khamis faiz mula shopping barang-barang kek.. Banyak yang dah habis..

Pah order 3 biji brownies... Tergesa-gesa nak ambik anak sekolah, lansung lupa nak ambik gambar..

Lini order brownies sebiji.. Brownies kali ni faiz deco dengan bunga Primrose purple.. saja tukar angin..


Monday, July 06, 2009

::Happy Birthday Anis Syuhada::

Birthday Anis Syuhada, anak Alin (jiran faiz).. mulanya Alin order 2 kotak cupcakes je.. Anis nak bawak ke sekolah... Semalam jam 10.00pagi, dapat call dari Alin, nak tambah order kek sebiji dan sekotak plain cupcakes.. Nak ambik malam nanti katanya...
Operasi bermula jam 11.00 pagi.. Mula membakar 11.30am dan selesai jam 1.30pm.. Dah sejuk kek dan ccnya, barulah mendeco.. Mujur Alin tak kisah nk deco apa pun.. buatlah.. tak kisah.. All on me.. Ahaaaa.. tu yang seronok nak dengar tu.. Deco siap on time.. Leganya...
Many2 thanks to u.. Happy Birthday Anis...





Brownies Linna


Lepas Suri collect kek, faiz ke dapur semula.. membaca email yang telah faiz print dari Linna.. Panjang berjela-jela instructionnya.. Knowning her.. itulah Linna..detail, sedetail-detailnya. Brownies untuk hantaran pertunangan adik Linna dan adik ipar Linna. Dua-dua bertunang hari yang sama (Sabtu lalu). Tq to Linna.. Mintak maaf kalau tak puas hati dengan browniesnya yer..

Banyaknya wording kat brownies kecik ni..

Order dari Suri

Khamis lepas, sedang faiz leka mengadap pc, tiba-tiba suri ym faiz.. tanya pasal kek.. nak order untuk mak tersayang.. Nak ambik Jumaat malam.. Deco pulak, suri berkenan dengan kek Watie CIMB.. nak sebiji macam tu.. Colour bunga je bertukar.. Tepat jam 8.00 pm, Suri dah tercegat kat depan rumah.. Ambik kek dan terus ke Sungai Buloh untuk celebrate birthday maknya.. Happy Birthday yer Makcik.. To Suri.. thanks..

Order dari Pah

Pah order lagi untuk jiran-jirannya.. Brownies kali ni Pah kata jangan dipotong.. Yes bos! Faiz ikut jer.. Ada 2 lagi brownies kecik yang diorder, lupa la pulak nak ambik gambar.. Happy Birthday Norzainina..

Thursday, July 02, 2009

::Zahrah Zuyyin is 5::

Order dari Maimunah (Sime Darby) untuk birthday anaknya yang ke-5.. Nakkan photo kek gambar princess, tak kisah princess apa.. janji ada gambar princess. Maimunah pun ada order muffin bluberry & muffin strawberry. Celebrate kt sekolah agaknya.. Faiz pun tak sure.. Anyway.. thanks yea Maimunah..

Order from Faridz again

Kek Durian (Didy Suharti)

Brownies Fairuz

Yang ni tak diberitahu pulak siapa yang order..