Selamat Datang ke Full House Cakes & Cookies

Saturday, August 30, 2008

Merdeka!!




Cake ni faiz deco untuk Jamuan Ringan sempena dengan Pertandingan Mewarna Hari Kemerdekaan 2008 yang dianjurkan oleh Biro Wanita Persatuan Penduduk (BBSRA), tempat faiz tinggal. Hari ni memang agak busy. Since morning memang tak dok diam. Deco 2 cake sekaligus. Besar pulak tu. Challenging... Alhamdulillah.... berjaya...

Kayla's 2nd cake


Kayla's 2nd cake. Intan hantar cake untuk dideco petang semalam jam 6.30pm. Dia request deco photo cake Kayla bersama Barbie Doll tapi tak dapat. Yang ada gabungan 5 animasi terkenal khas untuk kanak2 perempuan. Mula mendeco awal pagi tadi dan selesai jam 10.00 am. Terus hantar cake ke rumah Intan. Majlis sambutan harijadi Kayla bermula jam 2.00 pm.. Nyata, mereka gembira dgn deco tu...

Wednesday, August 27, 2008

Kayla's Birthday







Last Monday dapat call dari my neighbour, Intan... mintak decokan cake anaknya Kayla.. Tapi cakenya dia nak buat sendiri. Nak bawak gi sekolah katanya... and ada lagi satu cake dia suruh deco untuk majlis hari jadi hari sabtu nanti... Agak kekok menyiapkan kek ni sebab Intan and Alin (also my neighbour) ada kat depan mengadap org buat kerja.. Inilah hasilnya... Harap2 mereka happy...

Saturday, August 23, 2008

Kek Ulang Tahun Perkahwinan ke-5 (Ija-Adi)



Awal pagi dah bangun... buat kek untuk Ija & Adi... Kek yang dipelajari di kelas tempohari dipraktikkan hari ni. Alhamdulillah... semuanya berjalan lancar. Kaedah steamed buttercream mmg buat permukaan kek jadi cantik berkilat. Puas hati + lega bila tengok Ija happy dengan kek dia. Cantikkkk sangattt...

Tempahan pertama

Tempahan dari my sis untuk dihadiahkan kepada saudara sebelah suaminya yang akan berangkat ke China hari ni... Good starter walaupun dari adik beradik sendiri. Atleast dapat memahirkan diri dalam cake deco ni... Hand over kat dia petang semalam. Tak disangka-sangka my sister in-law (Ija) called. Nak order Anniversary Cake... Wow.. bestnyer...


Wednesday, August 20, 2008

Fantastic! Novelty Cake...


Salam... First time buat kek deco... Joined cake deco class dgn kak ayu di Bandar Kinrara. Best... walaupun penat tapi puashati. Macam tak caya jer... dalam masa 6 jam jer boleh siapkan 5 jenis kek ngan deco sekali. Wow... Kek ni faiz buat for my youngest son... sukernya dia... Novelty Cake ni bertemakan Spiderman...