Selamat Datang ke Full House Cakes & Cookies

Sunday, July 25, 2010

Tart Shells



Puasa nk dekat dah ni.. Macamana persiapan raya? Apa nk dijadikan juadah hari raya? Nak yang lain dari biasa?... Haaa ni dia.. Tart Shell.. Kalau beli siap2 dgn filling tak boleh pulak nk simpan raya. Jadi order jer tart shell nie? Klu tak raya pun boleh order buat makan2 petang.. tinggal buat custardnya aje.. lepas tu letak la fresh fruit ke, buah2an dlm tin ke.. kalau tak suka custard boleh tukar dengan cream cheese ke.. or ganache pun boleh.. Email atau call faiz kalau nk order ya..Harga RM15.00/50 pcs..

Order from Nita



Dah 2 bulan Nita menyepi sebab baru je habis berpantang selepas melahirkan baby baru.. 2nd baby kot.. faiz pun kurang pasti..
Kali ni Nita nk cuba Brownies Kukus Lapis Cheese pulak. Cheese lagik.. suka nor dia ngan cheese.. Disamping tu, Nita juga order Fruit Tart.. yang ni untuk anaknya yang memang sukakan fruit tart.

Thanks Nita.. kalau sedap order lagi eh..

Order from Ida



Ida dari Taman Maluri order carrot cupcake with cream cheese. Deco pulak dengan Edible Image Manchester United. Ida mintak faiz hantar cc ni pada suaminya, Ab Aziz kt tempat kerjanya di Taman Maluri. Nak buat surprise untuk suami la ni..

Disebabkan faiz agak sibok, faiz mintak tolong hubby untuk hantarkan.Menurut kata hubby, suami Ida memang terkejut, nampak la riak muka org terkejut.. gitu la katanya..

Faiz terima message dari Ida malam tu jugak yang berbunyi :

Salam. akk ni ida ni. thanks 4 d cake. husband ida happy sgt. kek pon sedap sgt. ramai puji. pas nie leh order g. hehehe btw thank you so much

Terima kasih byk ida...

Monday, July 19, 2010

Homemade Chocolate ; Aidilfitri Selection



Tempahan untuk Handmade Chocolate dibuka kepada semua bermula hari ini.. Jadi, apa lagi yang ditunggu.. Order cepat.. Untuk makluman, tempahan ditutup 2 minggu sebelum lebaran.. Cepat! Jangan terlambat...

Untuk tahun ini, Ryverra telah mengekalkan 5 produk lama dan memperkenalkan 3 produk baru khas buat anda, para penggemar coklat sebagai hidangan tetamu bersempena dengan lebaran yang bakal menjelma...

"Aidilfitri Selection" :-

1. Regina @ Yogurt Raspberry Chocolate with Cranberry - RM18.00

2. Krasimir @ Dates with Orange Peel - RM20.00

3. Shayndel @ Chocolate with Mix Fruit - RM18.00

4. Premano @ Crunchy in Dark Chocolate - RM18.00

5. Marvellous @ Crunchy in Milk Chocolate - RM18.00

6. Casabalanca @ Kurma Chocolate with Roasted Almond - RM20.00

7. Almond Affection @ Milk Chocolate with Roasted Almond - RM20.00

8. Barrell (Limited Edition) @ Assorted Panned Chocolate - RM25.00


** Untuk membuat pesanan, sila isi borang yang disediakan di bahagian bawah blog ini..

**Seperti tahun lalu, penghantaran hanya akan bermula dari minggu ke-3 dan minggu akhir Ramadhan.

Wednesday, July 14, 2010

Wedding Cake


Lama tak buat frosting guna steam buttercream. Setahun ada rasanya.. Kekok la pulak.., tp Alhamdulillah.. selepas seharian bertungkus lumus, sampai terketar-ketar tangan.. jadi juga akhirnya..
Wedding Cake ni untuk Majlis Perkahwinan adik ipar Linna, Yunus. Tarikh kahwinnya sama la pulak dgn birthdaynya.. Tu yang ada 2 wording tu.. Tq ya linna.. sebab percaya pada akak untuk buat kek ni.. Harap semuanya berpuashati ya.. Terima kasih, sekali lagi..

Ben10 Birthday Cake



Happy Birthday Ziyad.. Order dari fiza lagi.. Birthday kek utk anak bujangnya..

Marble Cake



20 biji marble kek, order dari Fiza untuk Majlis Kahwin adinda tersayang..

Order from Fiza



Maroon/Putih tema hantaran untuk majlis nikah adik Fiza.. Faiz tak dapat cari colour maroon.. kehabisan stok.. nak tak nak terpaksa guna colour merah. Ok la tu kan Fiza..

Terima kasih pada Fiza kerana sudi order kek dari akak.

Brownies Kukus Lapis Cheese



Resepi baru, faiz ambil dari blog Mak Lang.. lama dah cuba resepi ni, cuma tak update aje. Sememangnya Faiz agak sibuk akhir2 ni. Tu yang tak sempat nk meng-update blog. Nak cuba resepi ni, rajin2 la cari resepi di Blog Mak Lang yer.. Bagi sesiapa yang nk order.. sila-sila.. call aje ok.. Harga RM45.