Selamat Datang ke Full House Cakes & Cookies

Thursday, November 27, 2008

*~Tempahan Brownies Lagi~*

Lagi tempahan dari Norul dan officematenya... faiz cuma tahu dan kenal sorang jer.. Elly... tak tahu la dia kenal ke tak faiz ni... 4 biji brownies 5" x 10" diambil oleh Norul awal pagi tadi... Terima kasih semua...

Tuesday, November 25, 2008

~::Brownies Azmah::~

Brownies ni tempahan dari Azmah, officemate Norul yang juga merupakan rakan lama faiz, sama-sama dalam team netball masa kerja Guthrie dulu... Brownies 10" x 10", tapi dia mintak faiz potong dua... Esok pagi nak pas kat Norul dan Norul la tolong bawak ke ofis untuk Si Zemah tu.. Thanks Zemah & thanks to Norul too...

~::Kek Keladi::~

Kek keladi ni jugak percubaan pertama faiz... sumber dari Blog Rozzan..hari ni mood tengah ada... haaa... lepas satu-satu, faiz cuba...



~::Roti::~

Ini cubaan pertama faiz buat roti... hmmm... sedap... tak ada la susah sangat membuatnya... lepas ni tak payah la beli lagi... tapi, antara rajin dengan tidak jer la...



Makan dengan mushroom soup sedap nie....

Sunday, November 23, 2008

"Happy Birthday to Lini"

Today is Lini's Birthday... "Happy Birthday Lini......" Norul yang order kek dan muffin jagung ni untuk sis tersayang... Sebenarnya Norul request kek kecik jer sebab nak celebrate pun antara mereka adik beradik... so tak ramai.. Hubby Lini pulak outstation dengarnya...

Disebabkan faiz takde acuan yang kecik, so faiz guna acuan biasa... ingat nanti boleh la potong dua...board kecik la pulak tak ada... ntah macam mana dapat pulak idea... buat bertangga mcm ni... Ok la tu kan....


~Muffin Jagung~

Wednesday, November 19, 2008

Muffin Jagung

Ptg tadi, faiz terima call dari Lini... nk confirmed order... dan tiba-tiba dia sebut pasal muffin jagung... hmmm... teringin la pulak nak makan... jadi faiz buat la satu adunan petang tadi jugak untuk makan petang kami sekeluarga...

Sunday, November 16, 2008

~Selamat Hari Jadi Abah~

Hari ni, hari lahir bapa mertua faiz yang ke 68... Faiz buat Banana Choc Moist Cake ala-ala secret recipe tu.. Faiz buat juga cupcakes... Yer la... budak-budak ramai... tak cukup sebijik kek tu... Tema colour untuk kali ni gabungan hijau, orange dan putih...
Pulut kuning faiz buat 2 bekas... satu untuk abah dan satu lagi untuk anak faiz, Izzatie yang baru saja dapat result UPSR khamis lalu..

Kepada Abah... Selamat Hari Jadi... and to Atie... Tahniah...

Kek ni faiz deco pagi tadi... rasa dia.. marvelous...

Cupcakes faiz buat malam tadi...
Pulut kuning... sebelum ni memang tak pernah buat sendiri... Alhamdulillah... first time buat... takde masalah...

Friday, November 14, 2008

Brownies dan Cupcakes Lagi

Sejak semalam dan pagi tadi, faiz agak sibuk dengan tempahan brownies dan cupcakes... Memandangkan cuti sekolah akan bermula... bermakna sana sini jamuan perpisahan diadakan.. termasuklah anak-anak faiz... sibuk sangat nak bawak kek ke sekolah...
So, untuk 2 hari ni, faiz menyiapkan 8 kotak brownies dan 3 kotak cupcakes... Alhamdulillah... segalanya berjalan dengan lancar... untuk cupcakes ni faiz dibantu oleh Lin, jiran faiz yang dah jadi regular customer FHCC... Thanks to all...




Brownies Azmah - order brownies ukuran 5" x 10"... (office-mate Norul-kwn faiz jugak)

Wednesday, November 12, 2008

Blueberry Muffin

Blueberry muffin ni tempahan dari Ija... Pukul 5.00pm tadi dia call mintak tolong buatkan muffin untuk dihadiahkan kepada anak-anak muridnya esok... Mujur juga goody pack memang dah tersedia...


Order from Lin

Ini adalah tempahan dari jiran faiz, Lin... untuk jamuan perpisahan sekolah anaknya.. kali ni faiz buat 2 topping... buttercream dan ganache.. Skrg ni tengah tungu lin datang to pick up all the cupcakes...


Sunday, November 09, 2008

Cupcakes Lini, Norul & Pah

Semalam bersengkang mata sampai jam 3.00 pagi... menyiapkan cupcakes yang ditempah... Enjoy mendeco cupcake ni... tak sabar nak menyiapkannya... Lini datang ambik kesemuanya sekali jam 10.00 pagi tadi... tak henti memuji brownies semalam... lapang dada kerana dia kata sedap... dan yang paling seronok didengar... there will be continuous order from her... Happynya.... (",)......


Cupcakes tempahan dari Lini


Ini pulak dari Norul




dan yang ini dari jirah Lini... Pah...

To Lini, Norul & Pah....


Glitter Graphics - GlitterLive.com

Brownies Lini

Brownies Lini...
Ladybird tu sesat kat situ sbb white choc tu melt, sebab deco masa brownies tgh panas lagi... dah!... nak cepat....

Pukul 2 ptg semalam, selesai membakar cupcakes yang diorder Lini (order untuk birthday party esok), faiz terima sms dari dia... bertanyakan kalau-kalau faiz ada something yang dah ready utk dibuat makan utk hari ini... Jawapannya... memang la tak ada... tapi untuk tidak menghampakan, faiz propose buat brownies... dan Lini setuju... Tgh dok buat brownies, dpt pulak call dari Norul... nakkan cupcakes untuk makan-makan sendiri...
Faiz deliver kat Lini pukul 5.00pm... dan Lini kata jiran dia pun nak cupcakes jugak... Wah.... sakan... dalam hati kata 'boleh ke siap ni sbb nk ambik pagi esok'... Takpe... usahakan jugak...

Saturday, November 08, 2008

Price List


Full House Cakes & Cookies Price List

Choc Moist Cake/Butter Cake
Wedding Cakes (klik sini) ~ price range from :~ RM80.00 ~ 250.00

Choc Moist Cake/Butter Cake/Sponge Cake
(klik sini)
Birthday Cakes price range from :~ RM30.00
Photo Cakes price range from :~ RM60.00
Novelty Cakes RM80.00

Hantaran
Fondant (klik sini) ~ price range from :~ RM120.00
Basketweave (klik sini) RM 80.00

Cupcakes (klik sini) : 1 box ~ 25 pcs
with buttercream deco RM50.00
with buttercream deco + fondant RM60.00

Brownies (klik sini)
Size: 10” x 10” RM30.00
Size: 12” x 12” RM40.00
Size: 14" x 14" RM50.00
Marble Cheese Brownies
Size : 10” x 10” RM40.00
Size : 12” x 12” RM50.00

Fancy Cookies with Royal Icing Deco & packaging (klik sini)
mocca/coffee/vanilla ~ minimum order 20 packs (1 pack@2 pcs) RM36.00

Swiss Roll with buttercream filling
(klik sini) ~ minimum order 2 rolls RM6.00
Cream Puff ~ RM18.00/50 pcs
Mini Cuppies ~ RM25/1box @ 48pcs

Thursday, November 06, 2008

Cupcakes

Isnin yang lalu... Norul menghubungi faiz melalui YM... katanya dia suka cupcake yang faiz buat untuk majlis cukur jambul anaknya tu dan katanya lagi, kakaknya, Lini pun nak order cupcake jugak..
Tak lama kemudian, Lini call.. dan order 2 kotak cupcakes... satu untuk suami tersayang dan satu lagi untuk officematenya... Lini yang dulunya tak gemar makan makanan manis tapi setelah mencuba cupcake yang faiz buat nyata menggemarinya... 'Not to sweet and just nice' katanya... Mendengar dr expression suaranya saja dah cukup buat faiz gembira...
Norul dan suami datang ke rumah faiz petang tadi, sekembalinya dari tempat kerja untuk mengambil cupcakes yang diorder ~ Semoga Lini happy bila tengok cupcakes ni ~ Thanks to Lini & Norul... Tak lupa Happy Birthday to Hubby Lini, Aifa & Lin...