Selamat Datang ke Full House Cakes & Cookies

Friday, December 26, 2008

::~Nuralya is 1~::

Birthday Alya, anak saudara kesayangan kawan faiz, Azhari... juga merupakan cucu sulung dalam keluarga mereka... Mereka akan meraikan birthday Alya di kampung mereka di Tanjung Karang... Kek choc moist yang seberat 3.5kg ni berlayerkan blueberry di dalamnya... Penat jugak menyusun Smarties keliling kek... Setelah beberapa jam mengadap, ini lah dier keknya....

" Happy Birthday Alya"



Wednesday, December 24, 2008

Lini Order Lagi

Regular customer faiz nie... order cupcakes dan brownies... tak pulak Lini bagitahu siapa RN nie.. Boss Lini kot... Faiz kurang puas hati dengan warna yang terhasil... jenuh membancuh... tak dapat2 colour merah hati... Apapun, harap tuan dia happy bila tengok cupcakes nie.. Thanks Lini...




Repeat Order Azizah & Mona

Macam berjanji pulak diaorg berdua ni... Order lagi brownies...

Brownies Mona... nak bawak ke rumah makcik dia yang nak masuk rumah baru... sesuai sangat bawak buah tangan macam nie...

Brownies Azizah (Dina yang nak brownies ni... ngamuk semalam sebab brownies semalam dia tak dapat makan...)


Tuesday, December 23, 2008

Brownies Azizah & Mona

Tempahan dari kakak faiz, Azizah... faiz terima sms dari dia lebih kurang jam 1.30 pagi tadi... Kira urgent order la ni... Satu untuk teman anaknya kot... dan yang satu lagi untuk guru tuition anak dia...


Yang ni pulak.. untuk jiran Faiz, Mona... Saja SMS dia pagi tadi, tanya nak tak brownies... dan kebetulan anak dia pun memang nak makan kek... dia terus jawab OK...


Brownies Fadz & Yas

Salam... Faiz terlampau sibuk sebab Neng ku udah pulang ke Indon... Tu yang tak sempat nak update blog nie...
Dalam sibok2 tu sempat jugak terima tempahan...
Yang nie... tempahan dari Fadz.. jiran faiz.. nk dibawa sebagai buah tangan untuk majlis masuk rumah baru temannya... Tq Fadz...

Ada lagi a few brownies yang faiz buat... tapi tak sempat nak ambik gambar...

Brownies dan cupcakes ni faiz buat untuk pembantu rumah faiz, Yasriani yang dah pun pulang ke negara asalnya... sebagai buah tangan untuk keluarganya di Asahan, Sumatera Utara...





Friday, December 19, 2008

Order dari Lin

Tempahan dari Alin, regular customer faiz untuk majlis perkahwinan adik lelaki dia.. Bertema warna coklat, cupcake ni Alin nak susun menjadikannya 3 tingkat...



Dan yang ini pulak adalah cupcakes untuk diberi kepada sebelah pihak perempuan..





Fancy Cookies utk Hantaran

Tempahan diterima daripada Irnie Fathillah dari SS5 Kelana Jaya... Fancy cookies untuk dibuat hantaran sempena hari pertunangannya... Pada mulanya faiz propose kat Irnie untuk letak photo Irnie dan tunang atas cookies tu, tapi disebabkan Irnie lewat sikit email gambarnya kat faiz... maka tak dapat la nak buat... inilah hasilnya...

To Irnie... Terima Kasih dan Selamat Bertunang....




Sunday, December 14, 2008

Cupcakes ~:: Roses design ::~

Masa buat cupcakes A Pis tadi ada lebih... jadi faiz deco bunga ros kuning... Cupcake ni faiz bawak ke rumah kakak di Kota Kemuning... Anak buah faiz, Dina & Hilda sukaaa...

Cupcakes A Pis

Pagi tadi, dapat msg dari Norul, adik dia A Pis nak order cupcakes untuk malam ni... Nasib A Pis memang baik sebabnya family faiz dari Cameron baru saja bergerak pulang... kalau tak, tak dapat la nak tunaikan order A Pis ni... Thanks ya... Akak harap A Pis puas hati dengan deco nie..

Hantaran Brownies

Selain Cupcakes, brownies juga sesuai untuk dibuat hantaran...


Hantaran Pertunangan

12 Disember 2008

Inilah hantaran cupcakes untuk dihadiahkan kepada pihak perempuan...

Belum letak strawberry lagi... sebab kena tunggu sampai Muar baru boleh letak... kena panas nanti tak cantik dah...

terasa macam nak ambik satu tak?

Photo tak clear sangat laaa....

Order form Lini Again

12 Disember 2008

Tempahan dari Lini untuk dihadiahkan kepada bos dia...

Cupcakes

11 Disember 2008

Minggu ni faiz sibuk dengan persiapan hantaran pertunangan adik faiz, Firdaus...

Dua kotak cupcakes ni faiz buat untuk dibawa ke Muar.. Adik faiz nak bertunang dengan orang sana... bukan untuk hantaran tapi untuk dimakan bersama sanak saudara...

Wednesday, December 10, 2008

Brownies Azhari II

Camana boleh tertinggal posting brownies Azhari nie... Marah tuan dia.. Ordernya awal bukan main... siap dah bayar siang-siang... sowi le yer A'ai... tak sengaja...


Tuesday, December 09, 2008

::~Juadah Hari Raya~::

Sebelah malamnya pulak... faiz buat brownies dan swiss roll lagi... ni untuk nk bawak ke rumah mertua faiz kat Subang... Nak masak-masak untuk raya dah tak larat dah... bawak ni jelah sudahnya...


Faiz buat 2 swiss roll... satu jadi... satu lagi... terkopek dah kulitnya... takpe janji sedap..

~::Swiss Roll::~

7 Disember 2008

Swiss Roll ni ditempah oleh kawan hubby faiz... Edzham... dia dan wife pernah datang ke rumah dan pernah rasa swiss roll ni...

Sebenarnya faiz serik nak buat swiss roll ni sebab kes yang sebelum ni la ... siap beritahu kt Edzham awal-awal lagi... rupa mungkin tak ada.. tapi rasa dijamin sedap. Dia kata ok... Bila faiz buat... first roll memang tak jadi la... 2nd roll... terkoyak sikit... 3rd dan 4th roll jadi la pulak...Hmmm lega...

Deliver kat Edzaham tengahari... Jumpa dia kat Tesco Shah Alam... Memang kami pun nk shopping baju sekolah anak2 kat sana...

~::Brownies Azizah::~

6 Disember 2008

Brownies ni kakak faiz, Azizah yang order... Nak bawak ke rumah mertua untuk juadah hari raya...


Tempahan dari Norul & Lini

5 Disember 2008


Order dari Norul & Lini untuk perkahwinan adik mereka, Dila... Selamat Pengantin Baru Dila & Kamil...
Pagi Sabtu lalu, Norul & Lini bersama hubby masing2 datang ambik kesemuanya untuk dibawa pulang ke kampung mereka di Kelantan... Harap2 ok la semuanya by the time sampai Kelantan... Bukan apa.. takut terpenyek sana sini... jauh tuuu...

Hantaran - Basketweave


Cupcakes untuk para tamu...


Cupcakes untuk mak Norul

Brownies - Hantaran masa akad nikah

ada satu lagi brownies yang diorder Lini... terlupa nak snap... Untuk cupcakes, faiz dibantu oleh anak dara faiz yang dua orang tu... Needa & Atie... Takde diaorg.. tak tau la apa jadi kat faiz... Mau tidur duduk agaknya...

~:Lagi-lagi Brownies:~

4/12/08
Sibuknya... sampai tak sempat nak update entries kat sini... Terpaksa tunggu waktu bertenang sikit... baru boleh update...
Order dari Zah (office mate Azhari)


... dan kat bawah ni semua order dari ofis mate Norul... Brownies untuk raya haji...





~: Brownies:~

Faiz sibuk sangat sejak hari rabu yang lalu 3/12/08... mula dengan tempahan brownies dari Norul untuk dibawa ke rumah mertuanya di Ampang...

Thursday, November 27, 2008

*~Tempahan Brownies Lagi~*

Lagi tempahan dari Norul dan officematenya... faiz cuma tahu dan kenal sorang jer.. Elly... tak tahu la dia kenal ke tak faiz ni... 4 biji brownies 5" x 10" diambil oleh Norul awal pagi tadi... Terima kasih semua...

Tuesday, November 25, 2008

~::Brownies Azmah::~

Brownies ni tempahan dari Azmah, officemate Norul yang juga merupakan rakan lama faiz, sama-sama dalam team netball masa kerja Guthrie dulu... Brownies 10" x 10", tapi dia mintak faiz potong dua... Esok pagi nak pas kat Norul dan Norul la tolong bawak ke ofis untuk Si Zemah tu.. Thanks Zemah & thanks to Norul too...

~::Kek Keladi::~

Kek keladi ni jugak percubaan pertama faiz... sumber dari Blog Rozzan..hari ni mood tengah ada... haaa... lepas satu-satu, faiz cuba...



~::Roti::~

Ini cubaan pertama faiz buat roti... hmmm... sedap... tak ada la susah sangat membuatnya... lepas ni tak payah la beli lagi... tapi, antara rajin dengan tidak jer la...



Makan dengan mushroom soup sedap nie....