Selamat Datang ke Full House Cakes & Cookies

Friday, December 25, 2009

Order from Intan


Order dari Intan Sime Darby.. 2 biji brownies. Satu tu untuk hantaran pertunangan..Tq Intan..

Ellie lagi!



5 kotak fruit tart order dari Ellie dan kawan2.. Tq ollss..

Order from Baiyinah



Baiyinah order lagi.. Kali ni nak makan-makan dengan sanak saudara di Kelantan. Macam biasa faiz hantar kt kakak Baiyinah di Sec 13, Shah Alam.. Tq yer..

Order from Jannah


2 kotak fruit tart order dari Jannah Sime Darby.. nak bawak balik kampung kata dia..

Order from Syakirah


Syakirah dari Gombak order photo cake dan 75 biji cupcakes pelbagai design untuk birthday eemmmm... faiz tak sure birthday siapa.. lupa nak tanya.. Tq Syakirah..

Chocolate Cake, Raikan Cinta, Cinta Agung

Seminggu bercuti.. liatnya rasa nk memulakan aktiviti di FHCC.. termasuk nak meng'update' blog.. hushhhh.. ntah kenapa.. masih dalam mood bercuti kot..

Sebelum balik kampung minggu lepas, faiz buat 3 biji kek ni.. sebenarnya 4 biji.. satu lagi tu carrot cake.. lupa nak ambik gambar la pulak..


Raikan Cinta Asaad & Aziah.. ni kakak faiz yg sulung sambut anniversary yg ke 27. 27 tahun dah kawin tapi tetap romantika de amo.... I likeee...



Happy anniversary yg ke 52... Mak & Bapak faiz... Anak cucu berkumpul.. Best! Kalau semua balik.. mesti penuh rumah..


Yang ni kek untuk birthday ahli keluarga faiz dari bulan Ogos-Disember.. Uppppssss.. nama mak long lupa letak.. haiyaaa..

Wednesday, December 16, 2009

:.Berehat Sebentar.:

Salam semua..

Faiz nak berehat bersama keluarga dalam tempoh seminggu bermula dari hari ini. Untuk itu sebarang tempahan tidak dapat faiz terima. Tempahan akan kembali diterima pada 23/12/09 (Rabu)..

Sekian untuk makluman semua..

Salam Ceria..

:.Faiz Aziz.:

Sunday, December 13, 2009

Tuesday, December 08, 2009

Coco de Tart

Berkesempatan mencuba resepi yang faiz ambil dari blog Mak Lang tadi.. Lama dah ambik resepi tu, tapi biasa la kan.. ngumpul resepi kan main suka lagi.. mencubanya tah bila-bila..kadang tu tunggu mood mari tak mari-mari.. hahaha..

Saturday, December 05, 2009

Brownies Nita

Nita dah banyak kali order brownies yg sama macam ni.. Tapi kali ni, faiz tersalah ambik kekacang kat BYW 2 hari sudah.. Nak cepat punya pasal.. main cekau aje.. memang tak perasan yang faiz ambik tu Pecan Nut..Yang sebenarnya, Nita suruh letak walnut. Masa nak deco baru perasan, apasal walnut dia lain macam jer.. belek punya belek... laaaaa.. salah rupanya... Nk wat camner.. Nk gi beli lain pun dah tak sempat dah..

Takpe eh Nita.. Ok la jugak tukan...

Friday, December 04, 2009

::Selamat Pengantin Baru Elmie & Helmie::

Kek hantaran ni order dari Kak Nor yang pernah order kek yang sama bulan lepas.. Musim orang kawin la katakan.. lepas sorang-sorang sepupunya kawin.. Kalau dulu temanya warna purple, kali ni warna putih pulak.. Dan Kak Nor mintak dihiaskan dengan bunga ros merah..

Agak payah sebenarnya faiz nak dapatkan warna ros merah ni.. faiz tak pandai sangat nak main dengan color.. kena banyak buat experiment color nampak gayanya lepas ni..

To Kak Nor & En Saiful.. Tq Again..



Order from Apis

Yang ni pulak, 14 biji Swiss Roll dan 2 biji brownies... Order dari Apis dan kawan-kawan ofis di Subang Jaya... Tq..

Order from Ellie

Faiz dapat order dari anak saudara faiz pulak kali ni.. Ellie order 2 kotak cupcakes dan 3 kotak fruit tart.. Nak makan-makan kat ofis katanya..

Faiz hantar sendiri order ni kat ofis Ellie dekat area Kg Attap K.L.. Tq Ellie.. Order lagi ek!..

Tuesday, December 01, 2009

Brownies & Fruit Tart Azamah

2 biji brownies dan 2 kotak fruit tart, order dari kakak faiz, Azamah untuk makan-makan kat ofis katanya.. Tq sis...