Selamat Datang ke Full House Cakes & Cookies

Saturday, January 08, 2011

Apple Bread Butter Puding




Teringin sangat nk makan puding roti ni. Tengok channel AFC ~ Sugar, Anna Olson baru ni, tu yang teringin sangat tu. Memang dah lama sgt pun tak buat. Selalu tu tak letak epal, tgk Anna letak, cam best la pulak.. Resepi kat bawah ni yer.. Selamat mencuba..

Bahan A
Beberapa keping roti yg telah disapu dgn butter
2 biji epal di potong ikut suka (faiz potong sederhana nipis)
kismis secukupnya
gula secukupnya
madu

Potong roti dan susun berselang-seli dgn epal dalam acuan. Taburkan kismis dan gula diikuti dengan madu. Ulangi proses diatas hingga selesai. Ketepikan.

Bahan B
5 biji telur (2 biji drpdnya kuning saja)
susu segar }
fresh cream } agak2 jer, janji boleh tenggelamkan roti tu.

Pukul ketiga2 bahan dgn menggunakan whisker. Tak perlu terlalu lama. Kemudian tuang ke atas roti tadi sehingga roti tenggelam. Bakar pada suhu 180C selama 30 - 45 minit atau hingga masak.

1 comment:

~~zAnAfAhMi~~ said...

simple je si Anna tu masak kan? semua sukat guna cawan....tp akak selalu miss prgm dia..

p/s: lama x jengok blog..