Order from Anis untuk buah hati tersayang - Wan Mohd Tarmizi
Saturday, January 08, 2011
Monday, December 06, 2010
Order from Ruhaida
Order from Ca
2 kotak cc untuk hantaran dan 4 kotak lagi untuk makan2. Gitu la kata Ca masa order cc nie.. Lama dah Ca order sebenarnya, 2 bulan sudah.. Seharian menyiapkan semua ni. Bake dari jam 8.00am. Start deco pukul 11am sampai la ke petang. Belah malamnya pulak deliver ke rumah ija, adik ipar faiz kt Sri Gombak dan Ca akan pick up kt situ.
Tq Ca, sudi order ngan akak.. Nanti order lagi yer..

I think of you with every waking moment of my life and dream of you with every dream that I have, I love you.
Suka tgk cc ni. Kombinasi warna dia, cantik.. Wordingnya romantik habis.. I'd rather die tomorrow than live a hundred years without your love..

4 set cc ni untuk makan2..

Sunday, December 05, 2010
Kelas Cheese Tart : Kak Mas 1/12/10
Sausage Bread Roll

Jom buat ni untuk breakfast.. Senang dan cepat disediakan..
Bahan-bahan :
Roti
Telur (pukul)
Sosej (rebus kejap)
Bread Crumb
Sedikit tepung + air (dijadikan gam semasa menggulung)
Caranya:
Rebus sebentar sosej. Sejuk dan toskan. Letak atas roti dan gulung. Gam hujung roti supaya tidak terbuka semasa menggoreng. Celup dalam telur dan kemudian golekkan atas bread crumb dan goreng dengan menggunakan sedikit minyak saja. Siap sudah..Dah boleh makan. Senang kan..
Wednesday, November 24, 2010
Black Forest Cake
Monday, November 22, 2010
Saturday, November 20, 2010
Selamat Pengantin Baru Nadiah & Fadzli
Friday, November 19, 2010
Banana Choc Moist - Nita lagi

2 biji Banana Choc Moist Cake, tempahan dari Nita. Sebiji untuk dibawa pulang ke kampung Nita di Teluk Intan sempena hari raya haji baru ni, dan sebiji lagi untuk dibawa pulang ke kampung sebelah suami di Kuantan pada esok harinya..
Tengok strawberry nya aje dah terlioq kan.. heeee... Saja jer nyakat korang.. hahaha..
Tq Nita..
Happy Birthday Anis

Birthday kek ni, order dari biras faiz, Linda untuk birthday anak bongsunya, Anis. Nak kek 2 tingkat, tema princess kata dia.. Penin gak mikir, nk deco lagu mana.. pikir punya pikir terhasil la kek sebegini rupa. First time buat stack cake camni. Yang bawah tu Choc Moist, kt tengah2 ada walnut, yang atas pulak Black Forest Cake. Kedua-dua kek sangat2 yummy.. Tak caya order la.. Tq Linda..
Brownies
Kek Batik, order from Faridz
Order from Lini
Sunday, November 07, 2010
Strawberry Mousse
~Back dated Entry~
Hidangan untuk berbuka puasa yang lalu... sangat sedap dan senang untuk disediakan..

Bahan-bahannya:
10gm gelatin
100gm air panas
200gm fresh strawberry
70gm gula
200gm fresh cream
1 sudu lemon jus
Campur gelatin dengan air. Kacau hingga larut. Kisar strawberry, gula dan fresh cream. Masukkan gelatin dan lemon. Hidang dalam gelas ice-cream dan sejukkan.

Puding Karamel Tanpa Telur
Resepi ni ambik dari blog Kak Zana. Lama sgt dah menyalinnya, baru ni ada masa terluang mencuba. Mmg sedap. Tak hanyir sebab tak guna telur lansung. Cuma gula hangusnya tak cukup hangus kot. Tu sebab warna dia tak menarik. Dulu pernah sekali buat gula hangus, warna dah cantik tapi pahit la pulak, tu yang kali ni berhati2 jer masaknya... tapi tak cukup hangus la pulak.. tak pe cuba lagi sampai jadi.. Pada sesiapa yang nk mencuba, sila la.. resepi kt bawah yer..

Bahan-bahannya :-
A
Gula hangus
4 sudu besar gula dimasak hingga perang dan masukkan dalam acuan.
B
1 paket agar2 segera
4 sudu besar gula (nak manis lagi boleh tambah
1 litre air
Masak bahan di atas hingga mendidih.
C
1 tin susu cair
2 sudu besar tepung kastard
1 sudu teh esen vanila
Campur semua bahan dan masukkan ke dalam adunan B. Kacau rata, masak hingga likat dan pekat. Matikan api. Masukkan adunan ke dalam acuan berisi gula hangus tadi. Sejukkan sebelum dihidangkan.
Selamat Mencuba..

Saturday, November 06, 2010
Rainbow Marble Puding
Berkesempatan mencuba resepi yg Faiz ambil dari blog Mak Lang Azie. Sedap wehhh..

Cuba la yer...
Bahan-bahannya :
Satu paket agar2 segera (13gm)
675ml air
225gm gula pasir
Masak kesemua bahan di atas hingga mendidih. Ketepikan..
4 biji telur
1/2 tin susu pekat
1 sudu besar tepung kastard
1 sudu teh esen vanilla
65gm butter
Perwarna - ikut suka
1 sudu besar serbuk koko + sedikit air
Pukul telur, masukkan susu dalam telur dan kemudian masukkan tepung kastard. Kacau sebati dan tapis. Masukkan adunan ke dalam agar2. Masak semula hingga mendidih dan masukkan esen vanila serta butter.
Sediakan 3 bekas, 1 bekas berisi serbuk koko + air. Isi adunan ke dalam 3 bekas tersebut. Warnakan ikut suka. Sediakan loyang 10 x 10 x 3". Sangga hujung loyang dengan kain. Masukkan adunan sesenduk demi sesenduk hingga habis. Letakkan kembali loyang pada kedudukan asal dan sejukkan dalam fridge. Siap!

Subscribe to:
Posts (Atom)