Selamat Datang ke Full House Cakes & Cookies

Friday, March 27, 2009

Wednesday, March 25, 2009

.:Order from En. Zubir:.

Yang ni pun sama.. order dari Sime Darby jugak... Wah! sakan semalam dok kat dapur.. Sambung lak pagi tadi.. Jam 4.00am dah bangun... Kejar masa.. sebab nak collect jam 8.00am. Fuhhhh...

Minnie Cuppies Shida

Order ni dari Shida Sime Darby... Kalau Sime Darby tu siapa lagi kan introducernya... Kalau tak Norul, Azhari... Kali ni order thru Azhari... Norul punya coming soon...





Order by Pah

Ni order dari Pah untuk minggu nie... 4 brownies kecik & 2roll swiss roll blueberry filling...
Hantar kat rumah Pah pagi Selasa (semalam). Hari hujan dari pagi lagi.. Hubby faiz cuti... jadi kesempatan ni faiz ambik untuk manja-manjakan diri... Faiz ke Spa Serenity di Seksyen 13 Shah Alam... Gi massage, sauna, buat body scrub dan mandi susu... Best!!.. lega rasanya... Balik rumah tempahan dah menunggu....



:Happy Birthday Umairah:

Dapat call dari Pah petang Sabtu, jiran dia nak order brownies untuk birthday anaknya... Nak pagi Ahad... Nasib baik la brownies ni tak renyah sangat membuatnya... Boleh la faiz ambik order nie..

Kenduri Aqiqah anak Ilyana & Faiyaz

Dapat jemputan Ahad lepas, dari jiran faiz, Ilyana untuk hadir ke kenduri aqiqah anaknya yang baru lahir sebulan lebih. Ilyana pun masih dalam pantang rasanya. So.. sebagai buah tangan, faiz buatkan mini cuppies ni.. Tak clear sangat wordingnya. Patutnya add colour lagi bagi terang.. Nak cepat punya pasal.

:. Happy Birthday Zarith.:

Brownies 14" x 14" ni di order oleh Fidia dari Bandar Nusa Rhu, Shah Alam.. Fidia ni kenalan kepada kawan Azhari... Brownies ni untuk birthday anaknya yang ke 5.. Happy Birthday Zarith & Thank you Fidia...

Friday, March 20, 2009

Cream Puff ; Order by Ajoy

Ajoy call nakkan cream puff. Ofis mate dia asyik bertanya jer... Nampak debab-debab cream puff kali ni sebab first tray faiz ter"press" kuat... so debab le jadinya.. Adunan pulak faiz buat cukup-cukup untuk order ni jer... Takpe la... rezeki ofis mate Ajoy...



:~Minnie Cuppies Fauziah~:

Order pertama untuk minnie cuppies, faiz terima dari Fauziah... Azhari yang tolong ambik order tu semalam. Nampak gayanya dapat sambutan. Ada juga yang order Cheese Tart, tapi nak minggu depan...
Minnie cuppies ni sesuai juga untuk kita jadikan sebagai buah tangan.. Coklat M & M tu boleh ditukar dengan gumpaste, boleh buat wording untuk ditujukan pada sesiapa...
To Fauziah.. Thanks yer...

:~Pah punya~:

Order dari Pah minggu ni tak banyak... mungkin sebab cuti sekolah nie.. kawan-kawan ramai yang tak ada... Faiz jarang deco bunga ros macam nie... Sebenarnya dah bosan dah dengan design rosette tu... Nak cari design lain la pulak..




Thursday, March 19, 2009

::Minnie Cuppies & Blueberry Cheese Tart::

Blueberry Cheese Tart ni lama dah sebenarnya Norul mintak untuk dijadikan sample.. nak tunjuk dan bagi kat kawan-kawan ofis rasa... Semalam, terlanjur bake cupcakes Zah.. buat la sekali cistat dengan mini cuppies nie... Mini cuppies tu pun faiz dapat ilham dari blog Anna...Rasanya macam kena improve kat topping dia la.. Next time faiz tukar topping dia ok... So tunggu apa lagi.. order jangan tak order...


:.Tempahan dari Zah.:

Zah order cupcakes untuk birthday Bondanya yang tersayang. Tempahan diterima minggu lalu dan Zah mintak faiz deco sama dengan deco cupcakes Suri... Nak sebijik macam tu katanya... and again, Azhari yang tolong ambikkan.. Upah dia... Azhari kata "Kak Zah belanja nasi lemak sebungkus". Hehehe... Terima kasih yer Zah...


Wednesday, March 18, 2009

~:Swiss Roll Azian & Family:~

Azian order lagi swiss roll... tak cukup yang order hari tu katanya... Order ni datang dari adik-beradik dan mak Azian.. Office mate Azian pun ada order jugak.. Sekejap lagi nak gi hantar kat Azian...


:.Kek Kukus Coklat Azian.:

Order ni dari Azian jugak.. nak makan kek kukus coklat.. Tapi yang kelakar boleh dia lupa nak datang ambik kek ni. Sepatutnya dia ambik hari Isnin. Pagi selasa (semalam) dia call mintak maaf, lupa katanya.. sebab terlampau asyikkk shopping ngan mak dia... Wah! sakan shopping sampai lupa ambik kek... So, semalam faiz la yang gi hantar ke ofis dia di Subang Pinggiran. Dekat jer...

Sunday, March 15, 2009

"Happy Belated Birthday Iqmal@Abg Chik"

Disebabkan terlampau bz.. kek anak sendiri pun tak terbuat... Sian Abg Chik... Sorry yer Abg Chik.. kita celebrate lambat sikit.. Apapun.. Happy Birthday.. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki...Sayangggg Abg Chik!


"Order dari Apis"

Apis, adik Norul call petang Jumaat, nak order choc moist kek untuk birthday kawannya.. Nak celebrate kat rumah Apis... Pagi tadi jam 11.00, seperti yang dijanjikan, Apis datang nak collect kek. Simple jer deconya.. Hope u like it Apis...



:~Order dari Azian:~

Terima call tengahari Jumaat lalu dari Azian.. Sebelum ni Azian order dari Pah.. disebabkan adhoc order.. nak cepat, so Pah mintak Azian call faiz sendiri... Alamak... bahan pulak kurang... terburu-buru cari barang... Nasib la kedai bahan kek tak jauh mana... Terima kasih yer Azian..








Swiss Roll @ 8 roll

:~Brownies Ifa~:


Tempahan diterima dari Ifa, jiran faiz... Adhoc order... Order petang nak ambik malam.. Brownies untuk Birthday Hubby Ifa...Kebetulan memang tengah buat brownies tapi customer nak ambik esoknya... Hmmm... nasib baik la...
To Ifa... Happy Eating & thank you..