Selamat Datang ke Full House Cakes & Cookies

Friday, February 05, 2010

Sunday, January 31, 2010

Swiss Roll Ayie

Order from Nita

Order diterima dari Nita, dari Bandar Bukit Puchong 2.. Brownies, Fruit Tart, Blueberry/Strawberry Cheese Tart... Tq Nita..



Happy Anniversary Mimi & Zul; Happy Birthday Atina


Mimi, kawan lama faiz yang dah berbelas tahun tak jumpa.. Baru ni jumpa kat facebook.. dari situ la dia tau faiz buat bisnes kek ni.. Walaupun Mimi dah bertahun tinggal di TTDI Jaya, dan tempat tu jugak tempat lalu lalang faiz hari2 ambik dan hantar anak sekolah, kami tak pernah sekali pun bertembung atau berselisih bahu.. padahal anak kami bersekolah di sekolah yang sama..

Berkesempatan berborak dgn mimi di rumah dia masa faiz hantar kek ni.. tapi sekejap aje, maklum la.. kita ni asyik mengejar masa..

Tq to mimi & family.. InsyaAllah ada masa kita borak panjang lagi..

Apis punya lagi

Brownies Watie


Jiran faiz selang sebuah rumah, Watie, order brownies.. Order pun main laung2 jer dari rumah dia.. Tq Watie.. order lagi...

Fruit Tart : Ani Sime Darby

Thursday, January 28, 2010

Happy Birthday Mr. Mun


Kalau ikutkan mmg faiz tak accept order nie.. tapi Lini dok pujuk jugak suruh buat.. Kek Choc Moist lebih 2kg ni untuk birthday boss Lini.. Nak celebrate kt ofis.. Thanks Lini..

Idea deco ni faiz ambik dari FP Zahurinina.. Tokey kek paling mashyur di Lembah Kelang.. Boleh sawan tengok kek dia.. Jelesnya tengok.. ntah bila boleh jadi mcm dia..

Swiss Roll Apis


10 biji Swiss Roll - Filling : Blueberry

Order from Nora



2 biji Choc Moist Cake, order dari Puan Nora (Richworks Resources).. Terima kasih..

Order from Diana



Chocolate Moist Cake, order dari Diana (Sime Darby).. Tq ya..

Sunday, January 24, 2010

Order from Kak Nor & Lini


Ad-hoc order dari Kak Nor & Lini.. Mulanya Kak Nor call dari Bangi pukul 8.00 pagi mintak buatkan swiss roll.. Nak 4 biji jer.. Dan katanya lagi, Lini yang akan pick up jam 3.00pm.. Tak lama lepas tu, Lini pulak call, nak order jugak 4 biji swiss roll.. Nasib baik la, barang cukup.. kecuali telur jer kena beli.. Kebetulan brownies kecik ada lebih sebiji, saja offer kat Lini, nak tak?.. dia kata boleh jugak..

Tray Swiss Roll dah habis la pulak, jadi semuanya faiz tempatkan dalam satu kotak jer.

Tq Kak Nor & Lini...

Order from Pah


Lama dah Pah menyepi jer.. Semenjak dua menjak ni Pah busy.. tu yg senyap jer tu.. Baru ni Pah kembali mengorder.. seperti biasa.. brownies ler..

Tq Pah..

Saturday, January 23, 2010

Harga Barang Kek Naik!


Salam semua....

Semalam faiz ke Bake With Yen..alamak! barang banyak yg dah naik.. Coco powder jer dah dekat RM15.00 per kg.. adoiii.. sebelum ni pun dah 2 kali harga coco naik, dulu harga coco tak sampai RM10 per kg.. lepas tu naik dan naik lagi..tapi faiz tak naik kan harga untuk produk faiz.. kali ni faiz rasa faiz tak boleh lagi guna harga yg dulu yang sememangnya rendah kalau nk compare dgn tempat lain.. Kena jugak naikkan.. Bisnes mana boleh rugi kannn! Apa pun faiz kena buat costing dulu, dan faiz akan maklumkan harga yang baru tak lama lagi..

T.q

Order from Fadz


Banana Choc Moist Cake ni order dari jiran faiz,Fadznida.. Fadz mintak buatkn Banana Choc Moist ala ala secret recipe.. Tak tau la ada rasa secret recipe ke tak.. Fadz nak 1/2 kg aje.. tp choc moist cake kan berat, tak macam sponge kek.. tambah filling lagi, pisang lagi..

Bila dah tambah filling n pisang dah la kek tu jadi tinggi.. kalau deco lelebih dah tentu tak boleh nk tutup kotak.. so faiz deco yang sedang-sedang aje.. simple janji sedap...

Hope u like it Fadz.. thank u..

Thursday, January 07, 2010

Cupcakes Suri


Order faiz terima dari Suri.. walaupun dah menetap di Sungai Buloh dan tak lagi tinggal di Bkt Subang, Suri tetap order dari faiz. Ni cupcakes untuk birthday hubby Suri yang ke 27.. 2 thn berturut2 order kat faiz dah nie.. Terima kasih banyak Suri..

Swiss Roll & Brownies Apis



Faiz terima order dari Apis lagi.. kali ni nak celebrate tahun baru di ofis.. Tq Apis..

Friday, December 25, 2009

Order from Intan


Order dari Intan Sime Darby.. 2 biji brownies. Satu tu untuk hantaran pertunangan..Tq Intan..

Ellie lagi!



5 kotak fruit tart order dari Ellie dan kawan2.. Tq ollss..

Order from Baiyinah



Baiyinah order lagi.. Kali ni nak makan-makan dengan sanak saudara di Kelantan. Macam biasa faiz hantar kt kakak Baiyinah di Sec 13, Shah Alam.. Tq yer..

Order from Jannah


2 kotak fruit tart order dari Jannah Sime Darby.. nak bawak balik kampung kata dia..

Order from Syakirah


Syakirah dari Gombak order photo cake dan 75 biji cupcakes pelbagai design untuk birthday eemmmm... faiz tak sure birthday siapa.. lupa nak tanya.. Tq Syakirah..

Chocolate Cake, Raikan Cinta, Cinta Agung

Seminggu bercuti.. liatnya rasa nk memulakan aktiviti di FHCC.. termasuk nak meng'update' blog.. hushhhh.. ntah kenapa.. masih dalam mood bercuti kot..

Sebelum balik kampung minggu lepas, faiz buat 3 biji kek ni.. sebenarnya 4 biji.. satu lagi tu carrot cake.. lupa nak ambik gambar la pulak..


Raikan Cinta Asaad & Aziah.. ni kakak faiz yg sulung sambut anniversary yg ke 27. 27 tahun dah kawin tapi tetap romantika de amo.... I likeee...



Happy anniversary yg ke 52... Mak & Bapak faiz... Anak cucu berkumpul.. Best! Kalau semua balik.. mesti penuh rumah..


Yang ni kek untuk birthday ahli keluarga faiz dari bulan Ogos-Disember.. Uppppssss.. nama mak long lupa letak.. haiyaaa..

Wednesday, December 16, 2009

:.Berehat Sebentar.:

Salam semua..

Faiz nak berehat bersama keluarga dalam tempoh seminggu bermula dari hari ini. Untuk itu sebarang tempahan tidak dapat faiz terima. Tempahan akan kembali diterima pada 23/12/09 (Rabu)..

Sekian untuk makluman semua..

Salam Ceria..

:.Faiz Aziz.:

Sunday, December 13, 2009

Tuesday, December 08, 2009

Coco de Tart

Berkesempatan mencuba resepi yang faiz ambil dari blog Mak Lang tadi.. Lama dah ambik resepi tu, tapi biasa la kan.. ngumpul resepi kan main suka lagi.. mencubanya tah bila-bila..kadang tu tunggu mood mari tak mari-mari.. hahaha..

Saturday, December 05, 2009

Brownies Nita

Nita dah banyak kali order brownies yg sama macam ni.. Tapi kali ni, faiz tersalah ambik kekacang kat BYW 2 hari sudah.. Nak cepat punya pasal.. main cekau aje.. memang tak perasan yang faiz ambik tu Pecan Nut..Yang sebenarnya, Nita suruh letak walnut. Masa nak deco baru perasan, apasal walnut dia lain macam jer.. belek punya belek... laaaaa.. salah rupanya... Nk wat camner.. Nk gi beli lain pun dah tak sempat dah..

Takpe eh Nita.. Ok la jugak tukan...

Friday, December 04, 2009

::Selamat Pengantin Baru Elmie & Helmie::

Kek hantaran ni order dari Kak Nor yang pernah order kek yang sama bulan lepas.. Musim orang kawin la katakan.. lepas sorang-sorang sepupunya kawin.. Kalau dulu temanya warna purple, kali ni warna putih pulak.. Dan Kak Nor mintak dihiaskan dengan bunga ros merah..

Agak payah sebenarnya faiz nak dapatkan warna ros merah ni.. faiz tak pandai sangat nak main dengan color.. kena banyak buat experiment color nampak gayanya lepas ni..

To Kak Nor & En Saiful.. Tq Again..



Order from Apis

Yang ni pulak, 14 biji Swiss Roll dan 2 biji brownies... Order dari Apis dan kawan-kawan ofis di Subang Jaya... Tq..

Order from Ellie

Faiz dapat order dari anak saudara faiz pulak kali ni.. Ellie order 2 kotak cupcakes dan 3 kotak fruit tart.. Nak makan-makan kat ofis katanya..

Faiz hantar sendiri order ni kat ofis Ellie dekat area Kg Attap K.L.. Tq Ellie.. Order lagi ek!..

Tuesday, December 01, 2009

Brownies & Fruit Tart Azamah

2 biji brownies dan 2 kotak fruit tart, order dari kakak faiz, Azamah untuk makan-makan kat ofis katanya.. Tq sis...