Selamat Datang ke Full House Cakes & Cookies

Friday, May 08, 2009

"Order dari Su Lagi"

Received call dari Su petang semalam.. Dia dan keluarga belah suami nak menghadiri satu majlis di Sentul. Jadi, mak mertuanya nak jadikan brownies ni sebagai buah tangan..
Su dan suami datang ambil jam 9.00 tadi. Kejap je singgahnya. tak sempat minum pun.. Thanks Su & Hasmani...

.:Happy Birthday Bad & Kaseh:.

Order diterima dari Rahiela.. 2 kotak cupcakes untuk birthday suami dan anak tersayang.. Kedua-dua mereka lahir dalam bulan yang sama.. so Rahiela kata nak celebrate sekali esok.. Malam tadi terkebil-kebil je mata ni mengadap cupcake.. Nak deco gaya mana la pulak yea.. Lama menung dan penyudahnya... ni dia..

Masa nak update entry ni tadi dapat sms dari Rahiela..
"Assalamualaikum kak, cantiknye cupcake akak nie.. rasa syg sgt nak makan. hehehe"
Alhamdulillah... satu kepuasan dalam diri, jika hasil kerja kita dihargai...

Sunday, May 03, 2009

Flash Back - My first cupcake Jun & July 2008

Masa membelek-belek gambar2 dalam pc ni, faiz terjumpa gambar nie.. Ni la first cupcake faiz.. Faiz buat untuk anniversary mak dan bapak faiz yang ke 50.. celebrate masa kenduri kawin adik bongsu faiz.. ni kira tumpang majlis la ni.. Ingat lagi.. disebabkan acara ni acara kejutan, so faiz n kakak faiz, zizah.. buat senyap2... orang lain dah tidur, tapi kami mengerjakan benda ni.. gubah bunga n deco cc.. kami buat jam 3.00 pagi.. Bayangkan je la.. kat Cameron sejuk2 tu.. tapi untuk mengembirakan hati org tua... kami rela...






Ni la gambar my parents... Ala manjanyer....


Dan yang ini pulak.. cupcake faiz buat atas permintaan anak lelaki faiz.. Ikhwan.. Ada hari entrepenuer kt sekolah dia.. so, dia bawak cc ni untuk dijual kat sekolah... nama je cc tapi bekasnya bekas muffin...





The Wilton Method of Cake Decorating - Course 2

Faiz meneruskan Course 2 di sebelah petangnya pulak semalam.. Instructor kami, tidak berubah, masih lagi Ms Renu. Tak ramai yang continue ke course 2, ada la 5 orang.. Naimah, Zarina, Sita, lagi sorang tak tau nama and me.. badge yang terdahulu ada 3 orang... so jadi 8 orang... Agak suram la sikit kelas kali ni... tapi yang bestnya... more technic, new tips and more info yang faiz dapat... Macam biasa.. ada homework yang perlu disettlekan...






Thursday, April 30, 2009

::Happy Birthday Fadz::

YM ngan Fadz, katanya nk order kek berfillingkan choc cream dan bertoppingkan ganache... hehehe... mengajuk entry orang yang lepas la tuu... Special request dari Fadz.. nak bunga ros colour purple n putih. Nak pick-up lepas Asar.. Terkejar-kejar takut tak sempat siap, Alhamdulillah, siap jugak akhirnya before 4.00pm.. Tq Fadz..Happy Birthday & Happy Eating...

::Selamat Hari Jadi Lily Afiqa::

Mona, jiran faiz selang 2 buah rumah, order kek untuk anak sedara maid dia.. Lily Afiqa... hmmm.. sedap nama... Order ni sebenarnya dari maid dia la. Tak tau pulak faiz namanya, tapi kami panggil Tante jer.. First time faiz deco camni.. anak faiz, si along kata "mcm lukisan budak darjah 3"... eh... ok apa? pada faiz dah kira ok la... kannn... Tq to Tante & Mona..




Cupcakes & Brownies Faridz






Order dari Pn. Zehan




"MAGG SMK Raja Abdullah"




Brownies Lagi











Sunday, April 26, 2009

Basic Cupcakes Deco Class - Roslina Shariff

Hari ni faiz ada student baru nak belajar deco cupcakes.. Roslina dari TUDM Subang memang minat sangat nak menceburi bidang ni.. Kelas bermula jam 10.00 pagi dan berakhir jam 1.00pm. Walaupun agak kekok memegang piping bag, Ina berjaya mendeco 12 cupcakes, pelbagai bentuk. Ternyata Ina gembira dan seronok sangat bila bunga rosnya menjadi... Balik rumah kena rajin practise tau Ina...




Friday, April 24, 2009

Brownies Su

Su call, masa Faiz baru je balik dari hantar swiss roll Zah. Masa tu dah jam 2.00pm.. Su nak order brownies untuk dibawa pulang ke kampung malam ni.. So faiz kena deliver ke rumah dia di Taman Pinggiran USJ by 6.00pm.. Sempat dia bercerita tentang brownies yang dia order dulu tu... disebabkan cantik sangat, makcik dia terus buat hantaran... I'm very glad to hear that!..
2 biji brownies saiz 5 X 10.. faiz belum pernah deco bunga ros kat brownies lagi... So here it is...



::Siti Nur Hur-rul Ain Farewell::

Permintaan dari anak dara faiz, Atie.. nak buat makan-makan kat sekolah sempena hari perpisahan dengan rakan paling akrabnya... Siti Nur Hur-rul Ain, yang akan berpindah ke Johor.. Selamat jalan Hur-rul.. Moga ketemu lagi...


Swiss Roll Zah