Selamat Datang ke Full House Cakes & Cookies

Friday, May 18, 2012

Kek Keju Salji


Berkesempatan mencuba resepi ni. Nampak tersangat la sedap. Teringin dan tak sabar2 nak buat. Jom tengok resepi. Kalau rajin boleh buat bila senang utk makan petang. Kat rumah ni, jangan kata makan petang, subuh-subuh pun boleh bukak peti ais, secubit pun jadi la.. Tambah2 cheese.. favourite!!!

Bahan-bahannya :

6 biji telur (buang 2 putih)
100gm gula halus
100gm tepung hong kong
60 gm tepung jagung
50 gm air sejuk
1 sudu teh baking powder
2 sudu besar ovalet
75gm mentega (dicairkan)

Cream :
250gm cream cheese
1/2 tin susu pekat

Topping : 1/2 kotak kraft cheddar cheese parut

Cara-caranya : Masukkan semua bahan kecuali mentega. Putar dgn kelajuan sederhana hingga pekat dan putih. Kemudian masukkan mentega. Putar sebati. Bakar 45 minit - 1 jam @ 150C. Sejukkan.

Pukul cream cheese dan susu pekat hingga licin dan tak berketul. Sedia dihias pada kek. Tabur parutan cheese diatasnya.. Siap.. selamat mencuba!



2 comments:

~~zana@pb~~ said...

Kita nak diet laaaaa.....mencik tau...tyg kek mcm ni.
Ada org tu bz mendeko sampai takde masa lwt blog kita. Asyik fb je....

faiz aziz said...

akakkk... takmo mencik2 kak.. Jarang sangat bukak lappy kak.. FB pun kat h/p aje. Jangan la kata tak lawat, ada jer sekali sekala tu lawat blog akak.. Sedeyy kita, akak ckp gitu.. huhu..