Selamat Datang ke Full House Cakes & Cookies
Sunday, March 29, 2009
:.Order dari jiran Pah.:
Sedang faiz leka deco cupcake Rina.. Pah call nak order brownies untuk jirannya.. Celebration untuk birthday mak n anak.. kalau faiz tak salah la.. Wais tu umur 2 tahun... itu pun last minute baru dapat tau.. Candle tak letak lagi time ni.. Kali ni faiz tak buat delivery.. Hubby Pah yang datang pick-up sendiri.. Thanks yea..

:-Order from Rina-:
Order ni faiz terima minggu lepas lagi dari Rina.. Hubby dia satu ofis dengan hubby faiz... pernah jumpa Rina ni sekali jer.. dia datang rumah beraya tahun lepas... Cupcakes & muffin ni adalah untuk majlis merisik... faiz tak sure untuk siapa tapi dah semestinya untuk keluarga terdekat Rina..
Rina datang dengan hubby jam 12.30 am kot.. masa tu faiz dah masuk tidur dah.. Hubby faiz jer yang menunggu... Sorry Rina... faiz tak larat sangat nak tunggu Rina... penat sangat.. mata tak boleh nak bukak lagi dah.. Tq and hope u like it..
Friday, March 27, 2009
"Brownies Suri"
Selesai jer faiz deco brownies Syirah, dapat SMS pulak dari Suri, nak brownies.. nak bawak balik kampung malam ni gak... No problem.. Siapkan bahan sementara anak-anak faiz yang 4 orang tu, tengah bersiap nak ke sekolah petang. Bake kejap jer.. Hantar diaorang ke sekolah.. Ambik pulak Along dan lepas tu faiz terus ke Wilton ICCA Section 14 PJ... Sign up nak ambik course kat sana next week..
Balik pada citer Suri tadi... Pukul 8.00pm, Suri, Hubby n baby datang nak pick-up brownies.. Barang penuh satu kereta... yela orang beranak kecik la pulakkan... Mekacih Suri...
Order dari Azie
Azie call semalam masa faiz on the way back dari Bake with Yen... Walaupun order memang banyak faiz terima jugak sebab Brownies ni tak la susah mana membuatnya...
"Order from Staffs Sime Darby"
Penatnya hari ni... dari petang semalam menyiapkan order ni... Mana tak penat... segala-galanya kena buat sendiri. Dari cari bahan sampai mengemas semua kena settle sendiri.. Tugasan wajib pada keluarga dan rumahtangga juga kena seiring... Kadang tu bila difikir-fikirkan balik, kenapa la saja nak mencari susah.. tapi rasionalnya... "faiz bukan surirumahtangga yang biasa-biasa".
Jom layan...
Kenapa faiz upload gambar coklat ni kat sini? Nak bagi tau kedai kat Bukit Subang dah kehabisan stok M & M. Dari kedai runcit, 7E sampai la ke Petronas.. boleh habis.. So mintak maaf la pada yang order mini cuppies sebab faiz selang-selikan dengan coklat Nips... Hope u all dont mind..
Wednesday, March 25, 2009
Minnie Cuppies Shida
Order ni dari Shida Sime Darby... Kalau Sime Darby tu siapa lagi kan introducernya... Kalau tak Norul, Azhari... Kali ni order thru Azhari... Norul punya coming soon...

Order by Pah
Ni order dari Pah untuk minggu nie... 4 brownies kecik & 2roll swiss roll blueberry filling...
Hantar kat rumah Pah pagi Selasa (semalam). Hari hujan dari pagi lagi.. Hubby faiz cuti... jadi kesempatan ni faiz ambik untuk manja-manjakan diri... Faiz ke Spa Serenity di Seksyen 13 Shah Alam... Gi massage, sauna, buat body scrub dan mandi susu... Best!!.. lega rasanya... Balik rumah tempahan dah menunggu....
:Happy Birthday Umairah:
Kenduri Aqiqah anak Ilyana & Faiyaz
Dapat jemputan Ahad lepas, dari jiran faiz, Ilyana untuk hadir ke kenduri aqiqah anaknya yang baru lahir sebulan lebih. Ilyana pun masih dalam pantang rasanya. So.. sebagai buah tangan, faiz buatkan mini cuppies ni.. Tak clear sangat wordingnya. Patutnya add colour lagi bagi terang.. Nak cepat punya pasal. 
:. Happy Birthday Zarith.:
Friday, March 20, 2009
Cream Puff ; Order by Ajoy
:~Minnie Cuppies Fauziah~:
Order pertama untuk minnie cuppies, faiz terima dari Fauziah... Azhari yang tolong ambik order tu semalam. Nampak gayanya dapat sambutan. Ada juga yang order Cheese Tart, tapi nak minggu depan...
Minnie cuppies ni sesuai juga untuk kita jadikan sebagai buah tangan.. Coklat M & M tu boleh ditukar dengan gumpaste, boleh buat wording untuk ditujukan pada sesiapa...
:~Pah punya~:
Order dari Pah minggu ni tak banyak... mungkin sebab cuti sekolah nie.. kawan-kawan ramai yang tak ada... Faiz jarang deco bunga ros macam nie... Sebenarnya dah bosan dah dengan design rosette tu... Nak cari design lain la pulak..
Thursday, March 19, 2009
::Minnie Cuppies & Blueberry Cheese Tart::
Blueberry Cheese Tart ni lama dah sebenarnya Norul mintak untuk dijadikan sample.. nak tunjuk dan bagi kat kawan-kawan ofis rasa... Semalam, terlanjur bake cupcakes Zah.. buat la sekali cistat dengan mini cuppies nie... Mini cuppies tu pun faiz dapat ilham dari blog Anna...Rasanya macam kena improve kat topping dia la.. Next time faiz tukar topping dia ok... So tunggu apa lagi.. order jangan tak order...
:.Tempahan dari Zah.:
Zah order cupcakes untuk birthday Bondanya yang tersayang. Tempahan diterima minggu lalu dan Zah mintak faiz deco sama dengan deco cupcakes Suri... Nak sebijik macam tu katanya... and again, Azhari yang tolong ambikkan.. Upah dia... Azhari kata "Kak Zah belanja nasi lemak sebungkus". Hehehe... Terima kasih yer Zah...
Wednesday, March 18, 2009
~:Swiss Roll Azian & Family:~
:.Kek Kukus Coklat Azian.:
Order ni dari Azian jugak.. nak makan kek kukus coklat.. Tapi yang kelakar boleh dia lupa nak datang ambik kek ni. Sepatutnya dia ambik hari Isnin. Pagi selasa (semalam) dia call mintak maaf, lupa katanya.. sebab terlampau asyikkk shopping ngan mak dia... Wah! sakan shopping sampai lupa ambik kek... So, semalam faiz la yang gi hantar ke ofis dia di Subang Pinggiran. Dekat jer...
Sunday, March 15, 2009
"Happy Belated Birthday Iqmal@Abg Chik"
"Order dari Apis"
:~Order dari Azian:~
:~Brownies Ifa~:
Friday, March 13, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)