Selamat Datang ke Full House Cakes & Cookies

Monday, April 16, 2012

P@vlov@

Tadaa...
Betul2 lepas geram.. Elok pulak baby tido lama masa sessi lepas geram ni.. Satu lagi resepi yang buat faiz tak senang duduk bila tengok blogger2 lepas sorang2 post gambar pavlova masing2. Sakit hati..

Anak-anak faiz suka sangat pavlova ni. Buat 2 biji pun tak cukup. Ye lah pulak kan.. anak ramai.. hehehe..



:~Red Velvet~:



Alhamdulillah.. Dgn izin-Nya, tercapai juga hajat nak buat kek ni. Setelah setahun lamanya menyepi, terasa rindu nak membakar kek. Oven kat dapur tu pun terbiar begitu jer. Tuan dia sibuk dengan baby kecik, nak buat mcmmana...

Kek ni dibuat khas untuk anak bujang faiz sempena hari jadi dia baru2 ni. Dah lama sangat salin resepinya, baru ni merasa buat. Tq to Kak Fibie/Zana kerana sudi berkongsi resepi. Lepas ni.. projek apa pulak yer.. Hurmmm...

Thursday, March 22, 2012

Kuih Kasui

TERajin dan tiba-tiba TERbuatlah pulak kuih kasui ni.. kalau masuk bab kuih kukus2 ni, mmg fail. Dari dulu lagi tak pernahnya yg memuaskan hati. Tapi resepi yang faiz cuba kali ni, best sangat. Lembut, kenyal dan mudah dipotong. Dapat 2 loyang. Puas makan. Risau juga tak habis. Tau2 tinggal lebihan kelapanya aje..



Bahan-bahannya :

3 cwn tepung gandum
1 1/4 cwn tepung ubi
1/2 cwn tepung beras

2 cwn gula melaka)
1 cwn gula pasir ) masak hingga gula larut
3 cwn air )

1 sudu besar kapur sireh
200ml santan pekat
850ml santan cair
secubit garam

kelapa parut secukupnya
garam

Campurkan semua bahan, tapis dan kukus 45 minit - 1 jam.

sumber : dari dapur kama.

Thursday, March 15, 2012

Entry tertunda - Moist Choc Cake with Fruit Cocktail

Lama dah faiz buat kek ni.. Last year masa birthday 2nd daughter. Dok menyelongkar kabinet dapur terjumpa resepi lama yg faiz mintak dari wife kawan hubby. Dia jamu kek ni masa open house kat rumah dia. Rasa sekali nak lagi, terus mintak resepi.. Makan sejuk2, perrgghhh...




Bahan-bahannya:

80gm coco powder
180gm tepung gandum
1 1/2 st baking powder
2 st soda bikarbonat
* ayak semua

370gm gula castor
1 st garam
230gm susu cair
2 biji telur
1 st esen vanila
*170gm air panas
*3 st nescafe/coffee
* sekalikan

Campur semua bahan kecuali vanila, kopi dan telur. Putar seminit, kemudian masukkan kopi panas. Putar seminit lagi, mskkan telur dan vanila. Putar sebati dan masukkan dlm acuan. Bakar 45 - 60 min @ 160C. Dah masak, sejukkan dan sedia utk dihias.

Topping :
Whip cream
1 tin fruit cocktail
1 paket agar2 segera perisa stoberi
* masak agar2 dan masukkan fruit cocktail

Selamat mencuba...

Entry tertunda : Puteri Ayu

Jom buat kuih ni jom.. Tak susah mana dan kuihnya pun sedappp.. Lembut jer..



Bahan-bahannya :

3 cawan tepung gandum
4 biji telur (kuning dan putih telur diasingkan)
1 1/2 cawan gula
1 st baking powder
1 st ovallet
1 1/2 cawan santan (ramas kelapa dgn daun pandan)
kelapa parut secukupnya

Pukul putih telur hingga kembang. Masukkan kuning telur dan ovallet. Masukkan tepung dan santan berselang seli. Putar hingga sebati.

Masukkan sedikit kelapa parut ke dalam acuan diikuti dgn adunan tadi. Kukus hingga masak.

** utk mengelakkan kuih melekat pd acuan, sapu minyak terlebih dahulu.. Sekian.. cuba jgn tak cuba..

Wednesday, March 14, 2012

~Setahun Berlalu~

Salam semua..

Setahun dah faiz tak update apa2 entry kat sini.. Dari kandungan faiz berusia sebulan lebih hingga lahirnya anak faiz yang sekarang ni dah berumur 4 bulan. Dalam tempoh tu, faiz terpaksa tinggalkan dunia bakeri buat sementara waktu.. Semuanya kerana.. Syed Izzul Ieman yg hensem ni..


Takpe la kan, faiz berkorban demi anak sendiri. Cumanya faiz rindu dgn dunia bakeri. Jeles tgk blog org lain yg terisi dgn macam2 entry. Terasa ketinggalan yg amat sgt. Mcmmana sekalipun, Faiz akan kembali tak lama lagi. Tunggu aje yer..

Saturday, March 12, 2011

Order from Ruzeila


Order from Faridz & frenz


Mini Cuppies Aisyah


Carrot Cake



Merata-rata org organize reunion sekarang ni.. Semua gara22 FB la ni.. Kalau nak buat reunion tu mesti la ada makan2 kan.. Carrot Cake ni order dari kakak faiz, Azizah.. Nak ke PD untuk reunion sekolah kata dia dan juga utk menziarahi bekas Guru Besar SK Convent Tanah Rata, Sister Anna.. Tq la sis..

Happy Birthday Azam



Order ni dari kawan satu sekolah faiz dulu, Rosnah.. Setelah lebih 20 thn tak jumpa, kami dipertemukan di FB.. alahai keciknya dunia.. rupanya selama ni kami sama2 menetap di Shah Alam.

Kek ni untuk birthday anak tunggal Rosnah, Azam... Happy Birthday Azam and thanks to you Rosnah..

Wednesday, February 23, 2011

Blueberry Cheese Cake

Hik..hik.. tetiba terajin la pulak nk membuat ciskek.. tuk makan sendiri, tuang jer la blueberry.. Yummy!

Wednesday, January 26, 2011

~Apam Beras~



Senang jer nak buat apam ni. sedap pun sedap.. Faiz buat 2 adunan semalam, buat makan petang, bagi MIL sikit dan ada tinggal sikit lagi buat sarapan pagi ni.. dah nak abis dh pun. Cubalah yer..

Bahan-bahannya :
2 cawan nasi
2 1/2 cawan air
1 cawan gula perang
3/4 cawan gula pasir
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1 paket yis mauripan
pewarna ikut suka
kelapa parut secukupnya.

Cara-caranya :

Nasi dan air dikisar hingga hancur. Kemudian masukkan gula perang dan gula pasir. Kisar lagi hingga sebati.

Dalam bekas lain, satukan bahan kering(tepung dan yis). Masukkan bahan cecair tadi dalam tepung. Kacau sebati dan perap selama 3 jam.

Warnakan adunan anda ikut suka. Masukkan dalam acuan kecil dan kukus 15 minit. Kalau nak makan petang, elok la bancuh adunannya belah pagi, klu bancuh petang, jawabnya kuih tu buat makan malam ler.. tak pun esok paginya buat sarapan..