Selamat Datang ke Full House Cakes & Cookies

Showing posts with label Anniversary Cakes. Show all posts
Showing posts with label Anniversary Cakes. Show all posts

Sunday, January 31, 2010

Happy Anniversary Mimi & Zul; Happy Birthday Atina


Mimi, kawan lama faiz yang dah berbelas tahun tak jumpa.. Baru ni jumpa kat facebook.. dari situ la dia tau faiz buat bisnes kek ni.. Walaupun Mimi dah bertahun tinggal di TTDI Jaya, dan tempat tu jugak tempat lalu lalang faiz hari2 ambik dan hantar anak sekolah, kami tak pernah sekali pun bertembung atau berselisih bahu.. padahal anak kami bersekolah di sekolah yang sama..

Berkesempatan berborak dgn mimi di rumah dia masa faiz hantar kek ni.. tapi sekejap aje, maklum la.. kita ni asyik mengejar masa..

Tq to mimi & family.. InsyaAllah ada masa kita borak panjang lagi..

Wednesday, August 19, 2009

Happy 18th Anniversary : Taufik ~ Faridz



Happy Anniversary to my sis, Faridz n my BIL, Taufik... Semoga bahagia selalu..

Kelam kabut faiz dibuatnya dengan order-order yang masuk.. Non-stop! Tu la... tak nak ambik helper.. konon nak tunjuk terror.. Memang sibuk sejak hari jumaat lepas lagi.. Mujur la ada anak dara faiz yang 2 orang tu tolong.. kalau tak.. nangis makcik!

Faiz deco benteng keknya kecik sangat.. toppingnya pulak baru masak.. so consistencynya agak cair la. Tu la melimpah sikit.. Faiz akui mmg salah faiz.. patutnya masak awal-awal ganachenya.. Sekejap sangat masuk dalam fridge.. tak sempat beku pun..Hubby faiz hantar ke Sri Gombak Ahad malam jam 10.00pm..

Faridz hantar sms hari isnin baru ni, katanya wording ilang.. tak leh baca.. Tinggal wording 18th jer.. Adehh!! Ada faridz hantar mms tapi hp faiz hp cekai.. takdak menda-menda tu semua.. tak dapat la faiz tengok camana rupanya.. Sori la sis.. i'll make sure, it wont happen again next time.. Tq.

Monday, July 13, 2009

::Order from Ainie::


Banana Choc Moist Cake ni ditempah oleh Ainie dari Gombak sempena ulangtahun perkahwinan mak dan abahnya yang ke 39.. Bagusnya Ainie ni.. ingat kat Mak Ayah.. Ainie mintak faiz deco kek ni colour purple.. So, here it is.. Harap Ainie suka..
Ainie tak familiar sangat area Shah Alam nie, jadi... Ainie kata dia nak naik train jer dari Gombak ke Kelana Jaya.. Sanggup tu!.. Tapi rasanya itulah sebaik-baik cara daripada tersesat entah kemana..
Faiz jumpa Ainie kat sana.. Agak lewat jugalah Ainie sampai, berkali-kali dia mohon maaf pada faiz, hinggakan nk bayar extra sebab lambat sampai.. Tak pe Ainie.. akak ok jer.. Terima kasih sangat kerana sudi order kek ngan akak..

Saturday, August 23, 2008

Kek Ulang Tahun Perkahwinan ke-5 (Ija-Adi)



Awal pagi dah bangun... buat kek untuk Ija & Adi... Kek yang dipelajari di kelas tempohari dipraktikkan hari ni. Alhamdulillah... semuanya berjalan lancar. Kaedah steamed buttercream mmg buat permukaan kek jadi cantik berkilat. Puas hati + lega bila tengok Ija happy dengan kek dia. Cantikkkk sangattt...

Thursday, August 21, 2008

Photo Cake


Pasti mengimbau dan mengamit kenangan raja sehari... Photo Cake ini sesuai juga untuk majlis ulangtahun perkahwinan dan hari jadi.