Selamat Datang ke Full House Cakes & Cookies

Showing posts with label FHCC Classes. Show all posts
Showing posts with label FHCC Classes. Show all posts

Sunday, December 05, 2010

Kelas Cheese Tart : Kak Mas 1/12/10




Kak Mas datang lagi..Kali ni belajar buat Cheese Tart pulak.. Dah pandai ni rajin2 la yer Kak Mas buat tart ni. Kepada sesiapa yang berminat nak belajar, silakan la.. Call je faiz utk set appointment.

Friday, October 08, 2010

Saturday, June 05, 2010

Fadzrina in the house...


Sebulan lebih rasanya, rina menunggu untuk masuk kelas nie.. Terpaksa tunggu cuti sekolah, baru dapat belajar.

Rina mengajar di Sarawak dan mereka cuti seminggu lebih awal.. Khamis yg lalu, tercapai juga hajatnya nk belajar.. Seronok sungguh dia.. Tak sabar2 nak mencuba sendiri.. Apa tidaknya.. pagi belajar.. petang faiz jumpa dia dan kak yongnya di Bake with Yen.. Semangat betul! Mesti banyak barang-barang nak bawak balik Sarawak nanti kan?..

Wednesday, May 12, 2010

Kelas Choc Moist Kek



Feeza dari Bukit Subang, dtg belajar buat Choc Moist Cake.. Sebelum ni mmg tak tau lansung nk buat kek.. Haaa.. ni dah pandai.. tiap2 minggu boleh buat kann..

Thursday, November 19, 2009

Kelas Fruit Tart & Blueberry Cheese Tart

Faiz ada tamu hari ni... Intan dari Ara Damansara datang untuk belajar buat fruit tart dan blueberry cheese tart.. Baca email dari dia aje dah nampak dah dia excited sangat nak belajar.. Katanya, dulu dah pernah cuba buat tapi tak menjadi sampai give up dan serik nak buat sebab kerjanya yang renyah dan leceh.. Tapi bila dah ditunjukkan cara dan teknik yang betul pada Intan tadi.. kerjanya jadi mudah.. sekejap jer dah siap..

Ok Intan... lepas ni boleh practise selalu.. tak payah dah beli kat kedai tu.. buat sendiri.. baru puas hati.. kan!

Monday, June 15, 2009

Deco Class ~ Linna Samsudin ~

Lama dah Linna bertanya-tanya tentang deco kelas faiz ni.. baru semalam tercapai hasrat Linna untuk belajar.. Tak pernah pegang piping bag pun sebelum ni tapi dah boleh mendeco dah.. Yang penting, kena la practise selalu.. faiz pun sama dulu.. dan sampai sekarang masih belajar lagi.. Linna kata anak-anak dia mesti tak percaya dia yang deco cupcake ni..
Tengok first touch linna.. ni baru first time cuba.. kalau dah biasa nanti, cantik dari ni linna boleh buat.. Jangan serik tau Na..

Sunday, April 26, 2009

Basic Cupcakes Deco Class - Roslina Shariff

Hari ni faiz ada student baru nak belajar deco cupcakes.. Roslina dari TUDM Subang memang minat sangat nak menceburi bidang ni.. Kelas bermula jam 10.00 pagi dan berakhir jam 1.00pm. Walaupun agak kekok memegang piping bag, Ina berjaya mendeco 12 cupcakes, pelbagai bentuk. Ternyata Ina gembira dan seronok sangat bila bunga rosnya menjadi... Balik rumah kena rajin practise tau Ina...




Friday, February 27, 2009

Kelas Blueberry Cheese Tart & Swiss Roll

Jeng.. jeng.. jeng.. Kelas pertama faiz bermula hari ini (26-02-09)... Zura ni, adik Pah sebenarnya, datang ke rumah faiz untuk belajar buat Blueberry Cheese Tart & Swiss Roll. Zura dan suami memang suka makan Bberry cistat ni.. Haa.. lepas ni tak yah beli-beli dah Zura yer.. buat jer... Jimat dan puas hati bila buat sendiri..
Zura & Kira - anak Pah (kalo tak silap ler... lupa la pulak).. Rajin tau anak Pah ni tolong makcik dia...

2 kotak B'berry cistat dibawa pulang bersama... Makan puas-puas yer..

Swiss Roll Batik