Selamat Datang ke Full House Cakes & Cookies

Showing posts with label Marble Cake. Show all posts
Showing posts with label Marble Cake. Show all posts

Wednesday, July 14, 2010

Marble Cake



20 biji marble kek, order dari Fiza untuk Majlis Kahwin adinda tersayang..

Friday, December 25, 2009

Order from Baiyinah



Baiyinah order lagi.. Kali ni nak makan-makan dengan sanak saudara di Kelantan. Macam biasa faiz hantar kt kakak Baiyinah di Sec 13, Shah Alam.. Tq yer..

Sunday, November 29, 2009

Order dari Pah & Kengkawan

Order untuk Hari Raya Aidil Adha.. Pah dan jiran-jiran tak ketinggalan untuk menempah untuk dibawa pulang ke kampung..

Friday, November 06, 2009

Tuesday, October 13, 2009

.:Browniesku terbang ke Sarawak lagi:.

Kalau nak tahu, Baiyinah ni masih lagi bersekolah, kalau tak salah form 4, tapi pengetahuan IT dia, huyooo... usah cerita la.. faiz pun kalah rasanya..

Faiz tak tahu brownies ni untuk event apa.. mungkin ada makan-makan kot kat sekolah.. Punyalah jauh.. order sampai Semenanjung.. dah jemu kot, asyik makan kek lapis Sarawak je.. Yer Baiyinah? Seperti order yang pertama dulu, order ni Baiyinah mintak hantar ke rumah kakak dia, (lupa la apa namanya... panjang sangat.. Puteri Nurul...serious lupa..) kat Seksyen 13.. Flightnya pagi ni.. harap-harap dua-dua kek ni sampai kat tuan dia dengan selamatnya.


Friday, October 09, 2009

Order from Fiza

Dah lama faiz tak jumpa ex-office mate faiz yang sorang ni, Fiza.. salah sorang kawan rapat di Guthrie. Sabtu lalu faiz berpeluang bertemu semula rakan-rakan sekerja GFSB di Majlis Sambutan Hari Raya @ Reunion GFSB bertempat di Intekma Resort Shah Alam. Organizernya, faiz sendiri.. Walaupun tak semua dapat hadir, sedikit sebanyak terubat juga rindu pada kawan-kawan lama.

Faiz buatkan brownies untuk fiza rasa. Tak sangka pulak dia bawak gi ofis dia. Siap promote kt kawan-kawan ofis tuuu... Dan inilah order dari mereka.. Thanks Fiza...



Friday, September 25, 2009

Marble Kek

14 September - 19 September 2009

Minggu Akhir Ramadhan, faiz busy yang teramat. Busy dengan delivery homemade coklat sekitar Lembah Kelang/Shah Alam, dengan hamper dan order2 untuk raya lagi. Alhamdulillah.. bila kita dah biasa dengan semua ni .. segala-galanya senang, lancar dan teratur jer..

Pagi Jumaat.. sebelum balik kampung.. sementara menunggu cik abang hantar brownies Iza dan Baiyinah, sempat lagi bakar marble kek untuk juadah hari raya. Selesai membakar, packing kain baju.. pastu hantar brownies Pah pulak.. Dalam pukul 10.00 pagi keluar dari rumah dan terus menuju ke Subang, rumah mertua faiz.. nak salam-salam dan hantar cupcakes Linda sekali.

Pukul 11.00 pagi bertolak, sampai Tapah, hantar coklat Iman pulak.. Iman ni member forum.. tak sangka dapat jugak jumpa Iman.. Peramah orangnya.. tapi sayang tak dapat nk berbual lama.. masing-masing nk cepat.. Next time kita jumpa yer Iman.

Lepas tu ke Ipoh pulak.. Jumpa Lia.. hantar coklat yang dia order.. Lia pun member forum.. sebelum ni dah jumpa dia sekali... bisneswoman gak ni, jual peyek dan mcm2 lagi.. Faiz ada order peyek Lia.. Sedapppp!

Selesai dah hantar barang... Lega tak terkira... Barulah ke Cameron Highlands ikut Simpang Pulai.. Sampai sana lebih kurang pukul 4.00ptg...

Marble kek - sebelum dibakar..


Ingat nak buat juadah raya... tapi tak sempat raya... malam tu jugak licinnya.. habuk pun tak tinggal.. ekekeke...

Brownies & Marble Cake Lini