Selamat Datang ke Full House Cakes & Cookies

Showing posts with label Wedding Cake. Show all posts
Showing posts with label Wedding Cake. Show all posts

Thursday, May 10, 2012

Selamat Pengantin Baru Liza & Razak

Lagi order diterima dari Linna untuk majlis kahwin adik dia pulak. Berterima kasih sesangat kt Linna sbb order. Takde la terperap jer skill yang ada ni. Kalau dibiarkan boleh karat ooo..

Lama dah tak duduk dapur berjam-jam, memang terasa penatnya. Satu badan sakit.. Takpe la.. slow2, manman lei... kata org cina.. nanti biasa la tu. Awal-awal dulu masa baru-baru berjinak-jinak dlm dunia baking ni lagi la teruk.. sampai pergi berurut satu badan. Okay.. jom layan gambar kek kawin Liza & Razak jom..

3 tier wedding cake - cupcakes : Red Velvet & Choc Moist Cake




Wednesday, July 14, 2010

Wedding Cake


Lama tak buat frosting guna steam buttercream. Setahun ada rasanya.. Kekok la pulak.., tp Alhamdulillah.. selepas seharian bertungkus lumus, sampai terketar-ketar tangan.. jadi juga akhirnya..
Wedding Cake ni untuk Majlis Perkahwinan adik ipar Linna, Yunus. Tarikh kahwinnya sama la pulak dgn birthdaynya.. Tu yang ada 2 wording tu.. Tq ya linna.. sebab percaya pada akak untuk buat kek ni.. Harap semuanya berpuashati ya.. Terima kasih, sekali lagi..

Monday, May 31, 2010

Monday, June 22, 2009

Wedding Cake Firdaus - Mashitah

Seminggu dah faiz tak update blog ni.. Busy dengan persiapan untuk kenduri menyambut menantu di Cameron.. Dah selesai dah pun majlisnya.. Boleh la tarik nafas lega.. kalau tak tu berserabut kepala..


Bertemakan purple dan putih, wedding cake adik faiz ni, faiz buat khamis lalu.. dengan 100 cupcakes untuk dijadikan bunga pahar.. 300 potongan brownies untuk door gift...Fuhhh... Mujur my sis Azizah membantu.. Kerja2 settle jam 4.00 pagi.. tido sekejap.. 5.30 pagi dah bangun balik untuk bersiap pulang ke kampung.. penuh 2 buah kereta dengan kek, brownies n cc...





Sunday, June 14, 2009

Maroon Wedding Cakes

First time dapat order wedding cake macam ni... Adik ipar faiz, Ija yang order untuk perkahwinan adik iparnya. Selamat Pengantin Baru Cha...

Huyooo... masa deco kek ni, nervousnya... tak boleh nak digambarkan... Tapi seronok.. Suka sangat tengok colour maroon ni..
Baru siap deco...

Cupcakes... letak kat meja pengantin





Door gifts untuk VIP..


Friday, December 19, 2008

Order dari Lin

Tempahan dari Alin, regular customer faiz untuk majlis perkahwinan adik lelaki dia.. Bertema warna coklat, cupcake ni Alin nak susun menjadikannya 3 tingkat...



Dan yang ini pulak adalah cupcakes untuk diberi kepada sebelah pihak perempuan..