Selamat Datang ke Full House Cakes & Cookies

Showing posts with label Cubaan Pertama. Show all posts
Showing posts with label Cubaan Pertama. Show all posts

Friday, September 25, 2009

Marble Kek

14 September - 19 September 2009

Minggu Akhir Ramadhan, faiz busy yang teramat. Busy dengan delivery homemade coklat sekitar Lembah Kelang/Shah Alam, dengan hamper dan order2 untuk raya lagi. Alhamdulillah.. bila kita dah biasa dengan semua ni .. segala-galanya senang, lancar dan teratur jer..

Pagi Jumaat.. sebelum balik kampung.. sementara menunggu cik abang hantar brownies Iza dan Baiyinah, sempat lagi bakar marble kek untuk juadah hari raya. Selesai membakar, packing kain baju.. pastu hantar brownies Pah pulak.. Dalam pukul 10.00 pagi keluar dari rumah dan terus menuju ke Subang, rumah mertua faiz.. nak salam-salam dan hantar cupcakes Linda sekali.

Pukul 11.00 pagi bertolak, sampai Tapah, hantar coklat Iman pulak.. Iman ni member forum.. tak sangka dapat jugak jumpa Iman.. Peramah orangnya.. tapi sayang tak dapat nk berbual lama.. masing-masing nk cepat.. Next time kita jumpa yer Iman.

Lepas tu ke Ipoh pulak.. Jumpa Lia.. hantar coklat yang dia order.. Lia pun member forum.. sebelum ni dah jumpa dia sekali... bisneswoman gak ni, jual peyek dan mcm2 lagi.. Faiz ada order peyek Lia.. Sedapppp!

Selesai dah hantar barang... Lega tak terkira... Barulah ke Cameron Highlands ikut Simpang Pulai.. Sampai sana lebih kurang pukul 4.00ptg...

Marble kek - sebelum dibakar..


Ingat nak buat juadah raya... tapi tak sempat raya... malam tu jugak licinnya.. habuk pun tak tinggal.. ekekeke...

Thursday, August 06, 2009

Choc Ball lagi...

Sedap jugak choc ball ni.. kalau masuk dalam peti sejuk lagi sedap..
Faiz buat lagi choc ball untuk dihantar ke rumah kakak faiz, Azizah.. Hari sabtu lepas dia ada buat barbeque kat rumah dia.. anak - anak faiz jer yang pergi sebab faiz dan hubby ada seminar di Mines Resort yang perlu kami hadiri.. Ikut agenda.. seminar berakhir jam 11.00.. so anak-anak faiz terpaksa bermalam di rumah kakak jer..

Friday, July 31, 2009

:: Kek Zebra & Choc Ball ::

Tadi, faiz berkesempatan mencuba Kek Zebra.. tgk kat blog Kak Fibie haritu.. teringin la pulak nak mencuba... Dah masak dan disejukkan, faiz pun alihkanlah dari loyang.. bila kertas minyak ditanggalkan.... haaa... serupa bulan daa... ada kawah kat tengah-tengah.. Musykil.. nape boleh jadi camni.. Aduh! sakit jiwaku!


Ginilah rupa di dalamnya... Tak gebu macam yang digambarkan Kak Fibie. Loreknya dah cantik!
Geram punya pasal... faiz hancurkan separuh dari kek tu. Letak coklat cair sikit, krim putar sikit dan kek zebra faiz bertukar jadi bebola ni... Yeah! Bertukar....



Kek Zebra Faiz yang dah bertukar jadi Choc Ball....

Tuesday, June 30, 2009

~: Kek Durian:~

Semalam faiz berkesempatan mencuba resepi yang baru faiz ambik dari myresepi.net. Kek Durian.. Ada sebiji durian lebih kat dapur.. Nak guna 4, 5 ulas jer.. Yang rajin nk mencuba tu bukan apa, ada kawan faridz tanya pasal kek ni.. Ni la rupanya..


Monday, June 29, 2009

Blueberry Cake

Order ni datang dari kawan Faridz, Didy Suharti.. Lama dah dia mintak buatkan kek. tapi nak kek durian.. Tapi kek durian faiz belum pernah try lagi.. Disebabkan nak sangat makan kek agaknya.. blueberry pun blueberrylah!.. Thanks Didy..

Sunday, January 04, 2009

Tiramisu

Hari ni birthday hubby faiz... so faiz buatkan untuk dia tiramisu ni.. resepi yang simple jer tapi sedap...

Saturday, January 03, 2009

Pandan Layer Cake

Lebih seminggu tak buat kek... ni la jadinya... lepaskan gian nak baking... resepi yang dah lama disalin... baru hari ni dapat buat...



Tuesday, November 25, 2008

~::Kek Keladi::~

Kek keladi ni jugak percubaan pertama faiz... sumber dari Blog Rozzan..hari ni mood tengah ada... haaa... lepas satu-satu, faiz cuba...



Sunday, November 16, 2008

~Selamat Hari Jadi Abah~

Hari ni, hari lahir bapa mertua faiz yang ke 68... Faiz buat Banana Choc Moist Cake ala-ala secret recipe tu.. Faiz buat juga cupcakes... Yer la... budak-budak ramai... tak cukup sebijik kek tu... Tema colour untuk kali ni gabungan hijau, orange dan putih...
Pulut kuning faiz buat 2 bekas... satu untuk abah dan satu lagi untuk anak faiz, Izzatie yang baru saja dapat result UPSR khamis lalu..

Kepada Abah... Selamat Hari Jadi... and to Atie... Tahniah...

Kek ni faiz deco pagi tadi... rasa dia.. marvelous...

Cupcakes faiz buat malam tadi...
Pulut kuning... sebelum ni memang tak pernah buat sendiri... Alhamdulillah... first time buat... takde masalah...

Saturday, October 25, 2008

Nescafe Choc Moist Cake


Petang tadi faiz cuba resepi baru lagi... Nescafe Choc Moist Cake ... sedapnyerr.... untuk makan sendiri.. malas la pulak nak deco lebih-lebih... letak ganache.. tabur choc rice... letak ceri... kejap jer habis...

sumber dari : Rozzan...