Selamat Datang ke Full House Cakes & Cookies

Showing posts with label Hantaran. Show all posts
Showing posts with label Hantaran. Show all posts

Saturday, November 20, 2010

Selamat Pengantin Baru Nadiah & Fadzli





Order dari Loi/Liza untuk majlis nikah adinda mereka. Bila ditanya tema apa, jawapannya, English theme.. terus terbayangkan bunga2 ros yang cantik mekar dan colour yang sangat2 sweet.I likeeee... anda bagaimana? Like la jugak kan....

To Loi & Liza : Thank you very much..

Selamat Bertunang Zila & Apy

Wednesday, July 14, 2010

Order from Fiza



Maroon/Putih tema hantaran untuk majlis nikah adik Fiza.. Faiz tak dapat cari colour maroon.. kehabisan stok.. nak tak nak terpaksa guna colour merah. Ok la tu kan Fiza..

Terima kasih pada Fiza kerana sudi order kek dari akak.

Saturday, May 15, 2010

Hantaran Basketweave



Order diterima dari Syikin (MPSJ)untuk hantaran adik ipar dia.. Majlis buat kat Sg. Besar. Last minute order sebenarnya nie. Kebetulan faiz free, boleh la buatkan order ni.. Mmg rezeki syikin la..

Syikin datang collect sendiri kek dia.. Suka sgt dia.. senyum sampai telinga.. Tq kin.. order lagi!

Friday, December 04, 2009

::Selamat Pengantin Baru Elmie & Helmie::

Kek hantaran ni order dari Kak Nor yang pernah order kek yang sama bulan lepas.. Musim orang kawin la katakan.. lepas sorang-sorang sepupunya kawin.. Kalau dulu temanya warna purple, kali ni warna putih pulak.. Dan Kak Nor mintak dihiaskan dengan bunga ros merah..

Agak payah sebenarnya faiz nak dapatkan warna ros merah ni.. faiz tak pandai sangat nak main dengan color.. kena banyak buat experiment color nampak gayanya lepas ni..

To Kak Nor & En Saiful.. Tq Again..



Friday, November 06, 2009

Order from Kak Nor

Kak Nor dari Bangi.. Kakak kepada Norul, Lini & Apis - my regular customer tu.. Kek ni untuk sepupu kepada husband Kak Nor.. Thanks Kak Nor.. Harap akak puas hati...

Saturday, October 31, 2009

Just Married Zahir & Yun

Musim kawin sudah mari.. Yang ni order dari Nana untuk hantaran perkahwinan adik dia.. Deconya memang pengantin yang pilih sendiri.. nak macam ni.. Tq Nana..


Monday, June 08, 2009

::Selamat Pengantin Baru Firdaus & Mashitah::

Kek hantaran perkahwinan adik faiz... hushh... kelam kabut mendeco kek ni.. Seawal jam 4.00 pagi dah mula mengadap kek. Disebelah petang hari yang sama faiz mendeco dah kena bertolak ke Muar dah.. Nak settle order Suri lagi... Boleh ke tak siap nie.. Alhamdulillah... syukur sangat segalanya berjalan lancar...


Saturday, January 24, 2009

Order dari Pn. Mahanom

Tempahan dari Pn. Mahanom RHB Kelana Jaya... Hantaran Basketweave dan cupcakes ni untuk hari pertunangan adiknya yang akan diadakan petang ni... Jam 3.00 pagi dah bangun melangsaikan separuh lagi cupcakes yang belum di deco... Hubby faiz pun bangun tolong sama... tolong masukkan cupcakes dalam casing.... Selesai dengan cupcakes... deco basketweave pulak... Habis deco jam 9.30 am... Delivery, hubby yang buat... faiz tak dapat nak ikut... ada kerja lagi ni...
To Anom... thanks yer... Hope u like it!





Friday, December 19, 2008

Order dari Lin

Tempahan dari Alin, regular customer faiz untuk majlis perkahwinan adik lelaki dia.. Bertema warna coklat, cupcake ni Alin nak susun menjadikannya 3 tingkat...



Dan yang ini pulak adalah cupcakes untuk diberi kepada sebelah pihak perempuan..





Fancy Cookies utk Hantaran

Tempahan diterima daripada Irnie Fathillah dari SS5 Kelana Jaya... Fancy cookies untuk dibuat hantaran sempena hari pertunangannya... Pada mulanya faiz propose kat Irnie untuk letak photo Irnie dan tunang atas cookies tu, tapi disebabkan Irnie lewat sikit email gambarnya kat faiz... maka tak dapat la nak buat... inilah hasilnya...

To Irnie... Terima Kasih dan Selamat Bertunang....




Sunday, December 14, 2008

Hantaran Brownies

Selain Cupcakes, brownies juga sesuai untuk dibuat hantaran...


Hantaran Pertunangan

12 Disember 2008

Inilah hantaran cupcakes untuk dihadiahkan kepada pihak perempuan...

Belum letak strawberry lagi... sebab kena tunggu sampai Muar baru boleh letak... kena panas nanti tak cantik dah...

terasa macam nak ambik satu tak?

Photo tak clear sangat laaa....

Tuesday, December 09, 2008

Tempahan dari Norul & Lini

5 Disember 2008


Order dari Norul & Lini untuk perkahwinan adik mereka, Dila... Selamat Pengantin Baru Dila & Kamil...
Pagi Sabtu lalu, Norul & Lini bersama hubby masing2 datang ambik kesemuanya untuk dibawa pulang ke kampung mereka di Kelantan... Harap2 ok la semuanya by the time sampai Kelantan... Bukan apa.. takut terpenyek sana sini... jauh tuuu...

Hantaran - Basketweave


Cupcakes untuk para tamu...


Cupcakes untuk mak Norul

Brownies - Hantaran masa akad nikah

ada satu lagi brownies yang diorder Lini... terlupa nak snap... Untuk cupcakes, faiz dibantu oleh anak dara faiz yang dua orang tu... Needa & Atie... Takde diaorg.. tak tau la apa jadi kat faiz... Mau tidur duduk agaknya...

Friday, October 10, 2008

Kek Hantaran Pertunangan

Tempahan diterima dari kenalan yang baru faiz kenal, Farina (SS14, Subang Jaya) yang akan bertunang esok... Belum pernah bersua muka dengan dia. Received call dari dia sebelum raya lagi... Cubaan pertama buat kek hantaran menggunakan fondant sampai lupa nak lunch...walaupun kekurangan tools/gadget tapi... alhamdullilah... berjaya juga akhirnya.... Deliver kat rumah Farina jam 8.30 mlm... kedatangan disambut dgn senyuman oleh mereka sekeluarga apatah lagi bila mata tertumpu pada kek yang dibawa.

To Farina... thanks kerana memberi kepercayaan pada akak dan....












Sunday, September 28, 2008

Fondant/Sugarpaste Deco

Hari ni faiz ke Cheras... Join kelas sugarpaste pulak. Orang sibuk nak raya tapi faiz sibuk di kelas. Best belajar teknik-teknik dengan Sifu Min.. melopong jer tengok gadjet dia penuh satu cabinet.
Nilah hasilnyer... setelah beberapa jam bertungkus lumus... Cantikkk!!! Thanks a bunch Min...