Resepi ni ambik dari blog Kak Zana. Lama sgt dah menyalinnya, baru ni ada masa terluang mencuba. Mmg sedap. Tak hanyir sebab tak guna telur lansung. Cuma gula hangusnya tak cukup hangus kot. Tu sebab warna dia tak menarik. Dulu pernah sekali buat gula hangus, warna dah cantik tapi pahit la pulak, tu yang kali ni berhati2 jer masaknya... tapi tak cukup hangus la pulak.. tak pe cuba lagi sampai jadi.. Pada sesiapa yang nk mencuba, sila la.. resepi kt bawah yer..
Bahan-bahannya :-
A
Gula hangus
4 sudu besar gula dimasak hingga perang dan masukkan dalam acuan.
B
1 paket agar2 segera
4 sudu besar gula (nak manis lagi boleh tambah
1 litre air
Masak bahan di atas hingga mendidih.
C
1 tin susu cair
2 sudu besar tepung kastard
1 sudu teh esen vanila
Campur semua bahan dan masukkan ke dalam adunan B. Kacau rata, masak hingga likat dan pekat. Matikan api. Masukkan adunan ke dalam acuan berisi gula hangus tadi. Sejukkan sebelum dihidangkan.
Selamat Mencuba..
No comments:
Post a Comment