Selamat Datang ke Full House Cakes & Cookies

Friday, October 31, 2008

Cupcakes utk Majlis Cukur Jambul

Pulang dari hantar anak ke sekolah tengahari tadi, faiz terima call dari rakan lama, Norul.. nak order cupcakes untuk majlis cukur jambul anak sulung yg baru lahir, Irdina Kaisara... Norul baru je lepas pantang dan rasanya akan kembali bekerja dalam masa terdekat ni... Majlisnya esok, tapi tengahari tadi baru dia inform faiz nak order cupcakes... Kawan punya pasal.. buatkanlah... Mujur bahan-bahan sentiasa ada...kalau tak... kelam kabut juga agaknya... faiz propose kat dia fondant deco, tapi dia prefer buttercream.... ikutkan aje apa kata dia.. Hasilnya - (",)

Monday, October 27, 2008

Marble Cheese Brownies

Pagi tadi, sedang faiz membelek-belek buku resepi, hati terpanggil untuk mencuba Marble Cheese Brownies.. Mak Lang kata senang jer nak membuatnya.. Rasa pun sedap... Memang senang, tapi faiz buat tak berapa nak menjadi marblenya.. Takut-takut jer nak melorek... tapi rasanya.... memang bestttt!


Saturday, October 25, 2008

Nescafe Choc Moist Cake


Petang tadi faiz cuba resepi baru lagi... Nescafe Choc Moist Cake ... sedapnyerr.... untuk makan sendiri.. malas la pulak nak deco lebih-lebih... letak ganache.. tabur choc rice... letak ceri... kejap jer habis...

sumber dari : Rozzan...



Friday, October 24, 2008

Birthday Cake Hazran

Semalam faiz dapat repeat order swiss roll (5 roll) dari Azhari yang buat tempahan untuk officemate dia... Aduhhh... tak tau kat mana silapnya... bila nak gulung je, dia pecah.... masa ni la dia nak buat hal... ntah berapa kali buat... pecah jugak... over bake ke?? Bahan pun dah habis dah... jadi terpaksa faiz tinggalkan dulu. Dalam masa yg sama, biras faiz, Linda pun order kek jugak untuk anaknya Hazran...

Awal pagi tadi... buat kek untuk Hazran... Nasib baik deco keknya simple jer.. Lepas tu bergegas pulak beli barang untuk buat swiss roll.. Mujur kedai dah bukak... sampai rumah terus buat lagi swiss roll tu... Adoiii... tak bernafas dibuatnya... Time nak gulung pecah sikit... but much better dari semalam... Menguji betulll... Nak deliver lepas jumaat nanti... Alhamdulillah... dalam kalut2... settle juga...

Tuesday, October 21, 2008

Brownies Azhari

Ni pulak brownies & swissroll Azhari.
and ini comment dari dia;
Salam kak faiz,trima kasih for brownies cake ngan swiss roll tu... kwn2 opis suma ckp sedap... cake tu licin x smpi 5 minit... hehe..
azhari
October 21, 2008 1:41 PM

Brownies

Brownies ni, jiran faiz (Fadznida) yang order, juga untuk jamuan hari raya.. Dia datang ke rumah nak tengok faiz buat brownies. Kebetulan mmg faiz tengah buat brownies untuk sorang lagi kawan, Azhari... Dapat la Fadz tengok cara-caranya...



Birthday Cake


Kek ditempah oleh adik ipar faiz (Ija) sempena harijadi dan juga sempena hari persaraan ibu mertuanya. Kek ni dan cupcakes Faridz, faiz deco pada hari yang sama. Kebetulan nak deliver pun hari yang sama... Mcmmana nak tidur tuh... dapat baring pun dalam sejam tapi tak boleh nak lelap...

Cupcakes utk Jamuan Raya



Salah satu drpd 4 kotak cupcakes tempahan dari kakak faiz, faridzah untuk jamuan raya di sekolahnya. Buat ni yang tak tidur ni...

Monday, October 20, 2008

Tempahan Sepanjang Minggu Lalu

Minggu lepas faiz sibuk sangat... Tiap-tiap hari baking... sampai tak tidur... nilah antara tempahan yang diterima... Rata-rata dari adik beradik (Faridz - cupcakes untuk jamuan raya disekolahnya dan Ija - birthday cake untuk mak mertuanya), kawan rapat - Azhari untuk jamuan raya kat ofis dan jiran faiz sendiri Fadznida juga untuk jamuan raya di ofisnya... Terima kasih semua...

Wednesday, October 15, 2008

Shortbread

Kuih raya kat rumah ni dah habis... jadi, hari ni faiz buat shortbread la pulak. Jumpa resepi ni kt blog Mat Gebu... Berkenan la pulak... Mat Gebu pun sebenarnya ambik resepi dari Fp Mak Lang... ingat nak buat sebelum raya haritu, punya la berkobar nak buat, alih-alih kat kedai dah habis dah acuan shortbread. terpaksa la tunggu lepas raya...

Sunday, October 12, 2008

Swiss Roll Batik







Pagi tadi dok mikir apa nak dicuba pulak kali ni... teringat haritu ada salin resepi dari Mak Lang Ulampegaga yang popular tu.. Swiss Roll... 1st time buat menjadi la pulak... Faiz letak filling buttercream + blueberry and another one ada ganache lebih dalam peti ais... sapu ler... tak sampai 10 minit... All gone....

Lagi Brownies


Awal pagi semalam, faiz buat brownies untuk anak faiz nak bawak ke sekolah... Ada jamuan hari raya... jadi menu paling senang dan tak banyak kerja... brownies aje la... post yang lepas faiz guna hazel ground... kali ni almond ground pulak...

Friday, October 10, 2008

Kek Hantaran Pertunangan

Tempahan diterima dari kenalan yang baru faiz kenal, Farina (SS14, Subang Jaya) yang akan bertunang esok... Belum pernah bersua muka dengan dia. Received call dari dia sebelum raya lagi... Cubaan pertama buat kek hantaran menggunakan fondant sampai lupa nak lunch...walaupun kekurangan tools/gadget tapi... alhamdullilah... berjaya juga akhirnya.... Deliver kat rumah Farina jam 8.30 mlm... kedatangan disambut dgn senyuman oleh mereka sekeluarga apatah lagi bila mata tertumpu pada kek yang dibawa.

To Farina... thanks kerana memberi kepercayaan pada akak dan....












Saturday, October 04, 2008

Chocolate Moist Cake




Tak puas rasanya 2 hari jer bercuti utk berhari raya di kampung, faiz terima tempahan ni before raya dari kenalan lama untuk birthday anaknya, Rashdan... Fresh strawberry yang faiz bawa balik dari kampung menjadi hiasan kali ini...



Wednesday, October 01, 2008

My Brownies

Selamat Hari Raya... Maaf Zahir Batin...
Hari ni lepas sembahyang raya terus nak balik Cameron.
Sempat siapkan 3 kotak Brownies untuk dibawa bersama sebagai buah tangan.
resepi dr mak lang (ulampegaga.fotopages.com)

Tuesday, September 30, 2008

Fancy Cookies


Dalam pada sibuk-sibuk nak raya ni sempat jugak faiz siapkan fancy cookies untuk anak buah Hilda & Dina untuk gift pack birthday mereka Sabtu ni... Kalau tak buat skrg takut tak sempat pulak nak buat balik dari kg nanti...

Sunday, September 28, 2008

Fondant/Sugarpaste Deco

Hari ni faiz ke Cheras... Join kelas sugarpaste pulak. Orang sibuk nak raya tapi faiz sibuk di kelas. Best belajar teknik-teknik dengan Sifu Min.. melopong jer tengok gadjet dia penuh satu cabinet.
Nilah hasilnyer... setelah beberapa jam bertungkus lumus... Cantikkk!!! Thanks a bunch Min...

Thursday, September 25, 2008

Biskut Raya Faiz

Kejap je masa berlalu. Dah nak raya dah... tahun ni tak de aktiviti tunjuk-tunjuk dah..


Semua buat sendiri... puas hati...








Tak tau nak letak nama apa. Fancy ice-cream kot!!






Monday, September 22, 2008

Happy 7th Birthday Irfan



It's Irfan Birthday... Besar dah anak ibu... Ibu doakan dipanjangkan umur dan dilimpah ruahkan rezeki. Semoga beroleh keberkatan dan mendapat perlindungan dari Allah s.w.t. Happy Birthday!




Saturday, September 13, 2008

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2008



Mengimbas kembali kata yang diucap.. mengingati kembali janji yang dikata... mengimbau kembali masa yg berlalu... merenung kembali hati yang terguris... menyingkap kembali amanah yang dipikul... Izinkan kami memohon maaf untuk lisan kami yang tak terjaga, janji kami yang terabai, hati kami yang berprasangka dan sikap kami yang pernah menyakiti.
Ikhlas dari kami ;
Syed Hazman Syed Abu Hassan
Faizah Aziz
Sharifah Izneeda
Syed Izzul Ikhwan
Sharifah Nur Izzatie
Syed Izzul Iqmal
Syed Izzul Irfan