Selamat Datang ke Full House Cakes & Cookies

Sunday, July 14, 2013

Tepung Kek Premix di FHCC



Pelbagai Tepung Kek Premix.. Nak memudahkan kerja didapur, jom beli tepung-tepung kek ni. Mashed potato pun ada, siap dengan gravy sekali. Tak ketinggalan Premix Ais Krim. Faiz dah try buat ais krim dah. Sedap sangat.



Hanya tambah susu. Putar sampai likat, masuk dalam bekas, bekukan dalam 8 jam. Lepas tu boleh la makan. Tak sempat nak ambik gambar ais krim yang dah beku. Dapat makannya pun time sahur. Nak cepat punya pasal sampai terlupa nak ambik gambar.

My heart, my soul..

Saturday, May 19, 2012

Happy Birthday Adibah & Afiqah


Adhoc order dari ex-ofismate, Zulhisham.. untuk birthday anak buah katanya. Nasib baik la tak berapa sibuk, boleh la accept order ni. Tq Zul..



Red Velvet Cupcakes


Red Velvet, order dari Azhari untuk Bonda tersayang. Tq A'ai..

Brownies : Order dari Linda


Produk paling laris di FHCC.. Order dari Linda Sime Darby.. Tq Linda.. Akak jual eh.. Order lagi.

Red Velvet Cupcakes


Red Velvet cupcakes,order diterima dari anak buah bagi pihak kawan dia. Tq Intan..

Friday, May 18, 2012

Kek Keju Salji


Berkesempatan mencuba resepi ni. Nampak tersangat la sedap. Teringin dan tak sabar2 nak buat. Jom tengok resepi. Kalau rajin boleh buat bila senang utk makan petang. Kat rumah ni, jangan kata makan petang, subuh-subuh pun boleh bukak peti ais, secubit pun jadi la.. Tambah2 cheese.. favourite!!!

Bahan-bahannya :

6 biji telur (buang 2 putih)
100gm gula halus
100gm tepung hong kong
60 gm tepung jagung
50 gm air sejuk
1 sudu teh baking powder
2 sudu besar ovalet
75gm mentega (dicairkan)

Cream :
250gm cream cheese
1/2 tin susu pekat

Topping : 1/2 kotak kraft cheddar cheese parut

Cara-caranya : Masukkan semua bahan kecuali mentega. Putar dgn kelajuan sederhana hingga pekat dan putih. Kemudian masukkan mentega. Putar sebati. Bakar 45 minit - 1 jam @ 150C. Sejukkan.

Pukul cream cheese dan susu pekat hingga licin dan tak berketul. Sedia dihias pada kek. Tabur parutan cheese diatasnya.. Siap.. selamat mencuba!



Thursday, May 10, 2012

Roti BSN & Roti Blossom

Musim demam meroti kot sekarang ni. Blogger masak sibuk tayang roti jer nampaknya. Teruja ya amat bila tengok roti Cik Mat Gebu kita tu. Memang terbaik dan seperti biasa makanan kat rumah ni memangnyalah.. now u see it.. now u don't.. huhuhu.. Kalau nak resepi sila ke blog Cik Mat Gebu yer.. Google jer Dapur Tanpa Sempadan.. tak pun belah kiri blog faiz ni ada link dia.. Bukan malas nak taip, tapi faiz menyambil-nyambil jer ni.. sebelah tangan menaip, sebelah lagi mengenjut baby kat dlm buai.

Roti BSN, Roti Blossom. Sausage Bun & Bun tu saja2 jer faiz try buat. Jadi la pulak!

Kenapa dinamakan Roti BSN.. Cik Mat kata sebab rupa dia berbentuk logo Bank BSN.. hehehe.. boleh gitu.. yang blossom tu pulak sebab bentuk dia bentuk bunga. Takde la susah sangat nak buat,faiz uli manually aje. Tak ada Bread Maker, uli ler pakai tangan. Okay.. Sampai sini dulu.. Selamat meroti...

Selamat Pengantin Baru Liza & Razak

Lagi order diterima dari Linna untuk majlis kahwin adik dia pulak. Berterima kasih sesangat kt Linna sbb order. Takde la terperap jer skill yang ada ni. Kalau dibiarkan boleh karat ooo..

Lama dah tak duduk dapur berjam-jam, memang terasa penatnya. Satu badan sakit.. Takpe la.. slow2, manman lei... kata org cina.. nanti biasa la tu. Awal-awal dulu masa baru-baru berjinak-jinak dlm dunia baking ni lagi la teruk.. sampai pergi berurut satu badan. Okay.. jom layan gambar kek kawin Liza & Razak jom..

3 tier wedding cake - cupcakes : Red Velvet & Choc Moist Cake




Monday, May 07, 2012

Brownies : Linna

Tiga biji brownies, order dari Linna untuk anak bongsu dia.. Tq Na sudi order kat akak.
Angry Bird - image pilihan Linna buat birthday boy.
Celebrate birthday sampai 3 kali di lokasi berbeza..
Fokus lari bila tengah2 khusyuk tulis wording, tiba2 baby nangis, hilang "H" nya dah. Tak perasan lansung sampai la tgk balik photo lepas deliver. Alamak.. spoil betul la.. Nasib baik tuan dia kata, tak apa.. Lega rasa.. Tq again na..

Monday, April 16, 2012

P@vlov@

Tadaa...
Betul2 lepas geram.. Elok pulak baby tido lama masa sessi lepas geram ni.. Satu lagi resepi yang buat faiz tak senang duduk bila tengok blogger2 lepas sorang2 post gambar pavlova masing2. Sakit hati..

Anak-anak faiz suka sangat pavlova ni. Buat 2 biji pun tak cukup. Ye lah pulak kan.. anak ramai.. hehehe..



:~Red Velvet~:



Alhamdulillah.. Dgn izin-Nya, tercapai juga hajat nak buat kek ni. Setelah setahun lamanya menyepi, terasa rindu nak membakar kek. Oven kat dapur tu pun terbiar begitu jer. Tuan dia sibuk dengan baby kecik, nak buat mcmmana...

Kek ni dibuat khas untuk anak bujang faiz sempena hari jadi dia baru2 ni. Dah lama sangat salin resepinya, baru ni merasa buat. Tq to Kak Fibie/Zana kerana sudi berkongsi resepi. Lepas ni.. projek apa pulak yer.. Hurmmm...

Thursday, March 22, 2012

Kuih Kasui

TERajin dan tiba-tiba TERbuatlah pulak kuih kasui ni.. kalau masuk bab kuih kukus2 ni, mmg fail. Dari dulu lagi tak pernahnya yg memuaskan hati. Tapi resepi yang faiz cuba kali ni, best sangat. Lembut, kenyal dan mudah dipotong. Dapat 2 loyang. Puas makan. Risau juga tak habis. Tau2 tinggal lebihan kelapanya aje..



Bahan-bahannya :

3 cwn tepung gandum
1 1/4 cwn tepung ubi
1/2 cwn tepung beras

2 cwn gula melaka)
1 cwn gula pasir ) masak hingga gula larut
3 cwn air )

1 sudu besar kapur sireh
200ml santan pekat
850ml santan cair
secubit garam

kelapa parut secukupnya
garam

Campurkan semua bahan, tapis dan kukus 45 minit - 1 jam.

sumber : dari dapur kama.