Selamat Datang ke Full House Cakes & Cookies

Saturday, May 19, 2012

Happy Birthday Adibah & Afiqah


Adhoc order dari ex-ofismate, Zulhisham.. untuk birthday anak buah katanya. Nasib baik la tak berapa sibuk, boleh la accept order ni. Tq Zul..



Red Velvet Cupcakes


Red Velvet, order dari Azhari untuk Bonda tersayang. Tq A'ai..

Brownies : Order dari Linda


Produk paling laris di FHCC.. Order dari Linda Sime Darby.. Tq Linda.. Akak jual eh.. Order lagi.

Red Velvet Cupcakes


Red Velvet cupcakes,order diterima dari anak buah bagi pihak kawan dia. Tq Intan..

Friday, May 18, 2012

Kek Keju Salji


Berkesempatan mencuba resepi ni. Nampak tersangat la sedap. Teringin dan tak sabar2 nak buat. Jom tengok resepi. Kalau rajin boleh buat bila senang utk makan petang. Kat rumah ni, jangan kata makan petang, subuh-subuh pun boleh bukak peti ais, secubit pun jadi la.. Tambah2 cheese.. favourite!!!

Bahan-bahannya :

6 biji telur (buang 2 putih)
100gm gula halus
100gm tepung hong kong
60 gm tepung jagung
50 gm air sejuk
1 sudu teh baking powder
2 sudu besar ovalet
75gm mentega (dicairkan)

Cream :
250gm cream cheese
1/2 tin susu pekat

Topping : 1/2 kotak kraft cheddar cheese parut

Cara-caranya : Masukkan semua bahan kecuali mentega. Putar dgn kelajuan sederhana hingga pekat dan putih. Kemudian masukkan mentega. Putar sebati. Bakar 45 minit - 1 jam @ 150C. Sejukkan.

Pukul cream cheese dan susu pekat hingga licin dan tak berketul. Sedia dihias pada kek. Tabur parutan cheese diatasnya.. Siap.. selamat mencuba!



Thursday, May 10, 2012

Roti BSN & Roti Blossom

Musim demam meroti kot sekarang ni. Blogger masak sibuk tayang roti jer nampaknya. Teruja ya amat bila tengok roti Cik Mat Gebu kita tu. Memang terbaik dan seperti biasa makanan kat rumah ni memangnyalah.. now u see it.. now u don't.. huhuhu.. Kalau nak resepi sila ke blog Cik Mat Gebu yer.. Google jer Dapur Tanpa Sempadan.. tak pun belah kiri blog faiz ni ada link dia.. Bukan malas nak taip, tapi faiz menyambil-nyambil jer ni.. sebelah tangan menaip, sebelah lagi mengenjut baby kat dlm buai.

Roti BSN, Roti Blossom. Sausage Bun & Bun tu saja2 jer faiz try buat. Jadi la pulak!

Kenapa dinamakan Roti BSN.. Cik Mat kata sebab rupa dia berbentuk logo Bank BSN.. hehehe.. boleh gitu.. yang blossom tu pulak sebab bentuk dia bentuk bunga. Takde la susah sangat nak buat,faiz uli manually aje. Tak ada Bread Maker, uli ler pakai tangan. Okay.. Sampai sini dulu.. Selamat meroti...

Selamat Pengantin Baru Liza & Razak

Lagi order diterima dari Linna untuk majlis kahwin adik dia pulak. Berterima kasih sesangat kt Linna sbb order. Takde la terperap jer skill yang ada ni. Kalau dibiarkan boleh karat ooo..

Lama dah tak duduk dapur berjam-jam, memang terasa penatnya. Satu badan sakit.. Takpe la.. slow2, manman lei... kata org cina.. nanti biasa la tu. Awal-awal dulu masa baru-baru berjinak-jinak dlm dunia baking ni lagi la teruk.. sampai pergi berurut satu badan. Okay.. jom layan gambar kek kawin Liza & Razak jom..

3 tier wedding cake - cupcakes : Red Velvet & Choc Moist Cake




Monday, May 07, 2012

Brownies : Linna

Tiga biji brownies, order dari Linna untuk anak bongsu dia.. Tq Na sudi order kat akak.
Angry Bird - image pilihan Linna buat birthday boy.
Celebrate birthday sampai 3 kali di lokasi berbeza..
Fokus lari bila tengah2 khusyuk tulis wording, tiba2 baby nangis, hilang "H" nya dah. Tak perasan lansung sampai la tgk balik photo lepas deliver. Alamak.. spoil betul la.. Nasib baik tuan dia kata, tak apa.. Lega rasa.. Tq again na..