Selamat Datang ke Full House Cakes & Cookies

Sunday, November 29, 2009

::Wajik::

Memang faiz bercadang nk buat wajik masa raya haji yang baru lalu.. tapi order masuk banyak sangat.. sampai faiz tak larat nak membuatnya.. Padahal tak adalah susah mana pun.. tapi disebabkan badan dah penat sangat terus tak jadi.. barang dah berbeli dah.. Tadi baru ada masa terluang nk membuatnya.. Macammanapun... tak boleh nak lawan wajik yang mak buat kat kampung... huhuhu..


Resepinya : * faiz tak ikut resepi pun.. main bedal jer..
2 cawan beras pulut (direndam semalaman dan dikukus esok harinya)
330gm gula pasir
500gm gula merah
Santan (anggaran 6 tin susu sederhana besar)

1- Kukus beras pulut hingga masak (faiz suka 1/2 masak)
2- Masak santan, gula dan gula merah hingga likat
3- Dahtu masukkan beras pulut yang dikukus tadi.. Kacau..
4- Kacau sampai sebati
5- Masuk dalam bekas/loyang dan sejukkan
6- Tadaaaa... siap!

Order : Lini (Brownies & Swiss Roll Raya)

Ni ad-hoc order dari Lini.. faiz ingat nak close order dah.. tapi ngenangkan Lini dah banyak order kt Faiz, buatkan jugaklah..

Order from Mimie

Lama dah Mimie bertanyakan pasal brownies.. Dia pernah email sekali dulu.. tapi masa tu faiz balik kampung so tak dapat nak penuhi order dia tu.. Mimie kerja kt Damansara Utama tapi tinggal di Sepang.. Mak aiii.. jauhnyer berulang..

Malam raya aritu, masa faiz tengah merebus nasi impit, mimie datang dengan husband untuk collect brownies dan swiss roll yang diordernya.. Tq Mimie..

Brownies Iza

Macam biasa.. kalau yang plain brownies ni.. mestilah Iza yang order..

Order dari Zah (Sime Darby)

Yang ni order dari Zah Sime Darby Raja Laut.. Nak hadiahkan brownies untuk kawannya Shidah di Sime Darby Subang Jaya.. Macam-macam nickname derang ni eh..!!

Order dari Pah & Kengkawan

Order untuk Hari Raya Aidil Adha.. Pah dan jiran-jiran tak ketinggalan untuk menempah untuk dibawa pulang ke kampung..

Order from Apis & Friends

Pagi Rabu lalu, faiz baru je selesai mandi.. tetiba dengar orang bagi salam... Jenguk kt tingkap atas.. Alamak! APIS...! Bukan petang karang lepas kerja ke nak ambik..(menggomel sendiri dalam hati) Adushh.. camama nih! Terus capai handphone dan call Apis..

Me : Hello Apis
Apis : Akakkk.. Apis kat luar nie..
Me: Bukan petang karang ke baru nak ambik?
Apis : Tak... Lini kot yang nak ambik lepas kerja..
Me: Ok.. Ofis Apis kat mana?
Apis: Kt Subang Jaya depan Carrefour (nasib baik dekat..)
Me: Akak tak buat pun lagi haa.. takpe.. jap lagi akak hantar ke ofis.. boleh..?
Apis: Boleh.. susah akak aje..
Me: Takpe..

Hmmm.. terus ke dapur tengok order sheet.. 6 swiss roll.. kejap jer nih.. tengahari kang boleh la hantar.. tak lama lepas tu Apis call..

Apis: Akak, nk tambah order boleh.. swiss roll 3 blueberry, 3 strawberry, 3 buttercream..
Me: Boleh.. (tak check lagi barang ada ke tak masa tu.. main boleh jer)

Terus check barang.. Lega.. semua cukup.. Along n Atie pun tolong sama sapu filling n wrapping.. Selesai membakar jam 4.. dan sharp jam 5 faiz dah terpacak kat depan ofis Apis..


Semua sekali Swiss Roll @ 15 roll.. dan half brownies. Cupcakes tu faiz bagi Apis dan kawan-kawan.. promo la tu...

Saturday, November 28, 2009

Order from Faridz

Faridz, Fazliah & Noi order untuk juadah hari raya haji

Kelas Mama Lea

Selasa lalu, faiz berkesempatan untuk mengikuti kelas yang dianjurkan oleh Mama Lea dari Lea Oven.. bersama dengan 3 orang peserta yang lain iaitu Haliza, Hamidah dan Filiz.. walaupun faiz dah ada basic nak mendeco kek-kek ni, kekadang tu kena jugak tengok-tengok teknik yang digunakan oleh org lain. Mana tau.. boleh digunapakai..kita gunalah kannn... ni dia hasilnya... Tq kak lea...


Thursday, November 19, 2009

Kelas Fruit Tart & Blueberry Cheese Tart

Faiz ada tamu hari ni... Intan dari Ara Damansara datang untuk belajar buat fruit tart dan blueberry cheese tart.. Baca email dari dia aje dah nampak dah dia excited sangat nak belajar.. Katanya, dulu dah pernah cuba buat tapi tak menjadi sampai give up dan serik nak buat sebab kerjanya yang renyah dan leceh.. Tapi bila dah ditunjukkan cara dan teknik yang betul pada Intan tadi.. kerjanya jadi mudah.. sekejap jer dah siap..

Ok Intan... lepas ni boleh practise selalu.. tak payah dah beli kat kedai tu.. buat sendiri.. baru puas hati.. kan!

Wednesday, November 18, 2009

::Makaroni Bakar Faiz::

Petang tadi faiz buat makaroni bakar.. Lama dah tak buat.. Anak-anak faiz yang sekolah menengah semuanya ada kat rumah.. tak ada benda nak buat.. asyik la berulang alik ke dapur.. apa kerjanya.. bukak peti ais... kisah nak makaaannnn jer.. kesiankan kt diaorg faiz buatkan la untuk makan petang... Tadaaaa...



Ada sesiapa nak resepi.. Meh kita share.. Senang disediakan dan bahannya pun tak banyak..

Makaroni Bakar

1/2 paket makaroni
1/2 paket daging/ayam cincang
6 btg daun sup
1 biji bawang besar (dicincang)
1 biji cili merah (dicincang)
4 biji telur
santan dan garam

Cara-caranya :

Makaroni direbus hingga empuk.. Sejukkan.. Dah sejuk campurkan dengan daging/ayam, daun sup, bawang dan telur. Gaul sebati.. Masukkan dalam loyang. Satukan santan dan garam. Rasa garam cukup ke tak.. Tak cukup tambah lagi.. Lepas tu tuang dlm loyang berisi makaroni tadi. Bakar pada suhu 180 C selama lebih kurang 40 minit.. Dah masak sejukkan dan potong. Makan dengan daun salad, timun, mayonis dan sos cili.. Sedapppp... Selamat Mencuba...

Tuesday, November 17, 2009

Order from Faridz, Loh & Suhaila

Brownies untuk Jamuan Perpisahan - Cahaya Azureen
Mini Cuppies - Dik Ammar
Brownies - Suhaila
Brownies & Fruit Tart - Loh

Tq.. (",)

Saturday, November 14, 2009

Happy Anniversary Mona & Aziz


Jamuan Perpisahan & Happy B'day Jan

Lini order 2 biji brownies, satu untuk anak sulungnya bawak ke sekolah.. Dah akhir tahun ni kann.. Sana sini orang buat jamuan perpisahan. Dan satu lagi untuk rakan sekerjanya... Jan.

Faridz & Friends Again

SPM makin hampir... Faiz pasti ini adalah antara cara guru-guru dari SMK Raja Abdullah Kepong memberi dorongan dan kata-kata semangat untuk anak-anak murid mereka yang bakal menduduki peperiksaan tersebut...

To my nephews... Abg Long, Lokman and Farhan... Good Luck!

3 biji brownies dan 5 kotak fruit tart.

Order from Intan (Sime Darby)

Friday, November 13, 2009

Monday, November 09, 2009

Order from Roslina

Roslina ni pernah attend kelas deco cc ngan faiz dulu.. kali ni dia order Bluberry Cheese Tart & Fruit Tart pulak.. Nak bawak ke rumah orang kenduri, katanya... Dia kata nak attend kelas Tart pulak lepas ni.. Ahaa.. Sila.. sila, be my guest (",)..

Fruit Tart : Norul

Friday, November 06, 2009

Order from Kak Nor

Kak Nor dari Bangi.. Kakak kepada Norul, Lini & Apis - my regular customer tu.. Kek ni untuk sepupu kepada husband Kak Nor.. Thanks Kak Nor.. Harap akak puas hati...

Repeat Order : Fiza


Marble kek 3 biji. Fiza kata nk bawak balik kampung esok..

Order from Alin



Order from Zie (Sime Darby)




Tq Zie..
Credit to Ajoy (hubby Norul) sebab susah-susah tolong bawakkan ke ofis kt Raja Laut nun...